Semeliang Village Resort/ Agro Farm Kuala Nerang Kedah

Semeliang Village Resort/ Agro Farm Kuala Nerang Kedah

 

Ia merupakan  penginapan dalam Ladang Rusa, terdapat koleksi 100 jenis burung dan haiwan ternakan dengan persekitaran kampung yang asli dengan suasana resort yang moden.

Terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Pekan Kuala Nerang, percutian di sini mampu menawarkan ketenangan kepada golongan dewasa dan keceriaan kepada anak-anak kecil.

Di sini terdapat kolam renang, tapak bbq, 6 buah chalet, surau, dewan makan, serta ladang ternakan haiwan yang menjadi tarikan kanak-kanak.
Aku berkunjung ke sini untuk buat family day aritu dan book semua chalet.
Bagi aku kawasan dia ok, terjaga. Kolam boleh tahan cuma bila terlalu ramai pengunjung masa peak hour air di dalam chalet akan slow. Contoh pada waktu maghrib bila semua orang nak mandi dan solat.

Makanan juga boleh ditempah jika kita nak buat jamuan di samping tambah hidangan bbq kita bakar sendiri. Boleh tgk fb mereka untuk maklumat lanjut.

 

 

Daging Malbari (Untuk 1 kilo daging )

Daging Malbari
(Untuk 1 kilo daging )

Bahan kisar
Kayu manis – 1 batang kecik
Bunga lawang – 3 kuntum
Bunga cengkih – 5 kuntum
Rempah biji ketumbar – 3 sb
Jintan putih – 1 sb
Jintan manis – 2 sb
Cabai kering – segenggam
Bawang merah – 5 ulas
Bawang putih – 5 ulas
Bawang besar – 2 biji

Serai – 5 btg – ambil isi putih sahaja
Halia – 2 inci
☝semua bahan kisar goreng tanpa minyak sehingga wangi- api perlahan.

Sangai satu persatu, kalau tidak nanti jintan putih rentung dulu(sbb paling hauls) bila masak akan rasa macam habuk kayu, saya pernah kena. Ini petua orang lama.
Kemudian kisar semua bahan ini.

Bahan2 :-
Daging – sekilo potong kecik
Kicap manis kipas udang – 1/2 botol
(Botol kecik)
Kerisik – 3 bungkus
Gula merah – seringgit ( masak dgn sedikit air tapis)

Cara2nya:-

-Goreng semua bahan kisar tanpa minyak sehingga wangi – api perlahan, kisar semua bahan ini.
-Kemudian masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 – 2jam
-setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yg perap tadi, masukkan sedikit air.
-masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging.
-bila daging lembut, masukkan kerisik, garam , gula & air gula.
-masak sehingga kuat pekat berpalut di daging.

Kredit : Saba Natasha

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Travelog – P.Bintan Day 1 Treasure Bay

Day #1 – Treasure Bay, Bintan

Banyak aktiviti permainan air disini. Kayak, Pembayaran bagi permainan dan tiket enterance lain. So nak main baru bayar.

Dalam ni ada challet dan bole buat bbq dan sebagainya. Challetnya cantik mcm rumah red indian dan outdoor tent yg besar. Cantik. Mmg best disini. Anak² pasti suka kt sini.

Travelog – Batam, Indonesia Day 1

Day #1 – Naik boat dari Berjaya waterfront Stulang 2jam ke Pulau Batam and then speedboat pulau Batam to Pulau BintanSaya jenis mabuk perjalan x kira darat laut mahupon udara tp ubah mindset utk membolehkan sy naik boat dgn ombak musim skrg sebagai satu cabaran dan satu peluang yg Allah beri. So bila dh ubah mindset tu alhamdulillah x mabuk and the best part is apabila sy dh dpt rcover perasaan takut dan mabuk, sy siap diri tepi tingkap boat dpt merekod video keindahan salah satu ciptaan sambil memujiNya

Saya anggap setiap sesuatu mst ada pengajaran dan ibrahnya. Betapa berkuasanya Allah menjadikan lautan yg luas terbentang dgn kandungan isi laut mengagumkan serta ombak beralun tinggi dgn tidak lain supaya manusia boleh tunduk kepadaNya. Namun ada manusia yg masih anggap dirinya hebat dan angguh dgn pencipta yg maha Berkuasa.

Sempat bertanyakan Pak Ramadan tour guide kami kenapa ada satu ketika dlm perjlnan speedboatnya perlahan? Katanya sebab ada lintas perkampungan nelayan kalau speed dgn beralun ombak ke perkampungan itu. Aku pon OooOoOO aja. Malu bertanya sesak jalan so dpt ilmu juga.

Speed boat dr ke P.Bintan

Jetty dr p.Batam ke p.Bintan

Safely arrived at p.Bintan Jetty

Travelog – Batam, Indonesia

Day #2 – Tebing langit
Walaupon ujan bab bergambar kaum hawa sanggup. Perlu panjat bukit. Konsep bersusah² dahulu bersenang² kemudian.

Bagi bawa anak kecik atau warga emas better difikirkan dahulu. Nak bergambar ada yg kena panjat dan a bit risky. Tempat bergambar banyak banget. Kalau ramai org kena beratur for your turn.

Tp tempat ni tour guide ckp tender penjaganya sudah abis dh berpindah ke tempat baru Puncak Beliung. So kalau korang nak g add puncak belitung dlm itinerary korg.

The Entrance of Tebing Langit