Diet Tanpa Stress

Buku ini bukanlah satu panduan diet dari awal sampai ke akhir. Apatah lagi memberi pelan pemakanan yang lengkap. Sebaliknya naskhah ini menghimpunkan cerita, tip, panduan, nasihat serta himpunan mitos yang berlambak di alam maya. Ia menjelaskan subjek-subjek diet dengan cara santai, jenaka dan juga aplikasi yang fleksibel buat para pembaca dalam menurunkan berat badan secara sihat tanpa tekanan. Kisah-kisah yang para pembaca dapat daripada naskhah ini juga berupa daripada pengalaman saya, Arif Sukri atau dikenali juga sebagai Ustaz Fitness yang pernah menghadapi masalah obesiti satu ketika dahulu. Mudah cerita, tip yang disampaikan di dalam ini bukan sekadar teori dan fakta semata, sebaliknya ia juga hasil daripada pengalaman penulis sendiri yang pernah berada di situasi obesiti dan memahami psikologi orang obesiti. Naskhah ini akan membantu pembaca menurunkan berat badan secara sihat, santai dan tiada tekanan. Semestinya tidak ada unsur-unsur perniagaan ubat-ubat kurus atau sebarang suplemen ketika para pembaca membaca naskhah ini kerana penulis sendiri kurus dengan cara sihat dan semula jadi.

  • Category:bacaan-umun–lain-lain
  • ISBN Code:9789830977607
  • Format:Paperback
  • By (Author):ARIF SUKRI (USTAZ FITNESS)
  • Publisher:GALERI ILMU
  • Published Date:15 Nov 2018

DIAgnosis 2

Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat  nilai nyawa dari pelbagai dimensi. Ia menjadikan kamu penonton setia drama tragis dan gembira yang berselang-seli saban hari. Kamu menjadi watak pada transisi hidup mati. Protagonis atau antagonis bergantung pada mata penilai manusia tetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang di hati. Kerjaya ini, jika benar untuk Ilahi, pasti akan menundukkan hati dan buat rasa rendah diri.

Ada tikanya bila kamu berjaya menyelamatkan nyawa dengan izin-Nya, bila pesakit mula membuka mata dan melakarkan senyuman manisnya, bila ahli keluarganya merangkul atau menjabat erat tangan kamu dengan mata berkaca, saat itu kamu tahu inilah kerjaya yang paling ‘kaya’ dan kamu rela bersengkang mata, mengerah tenaga hingga ke sisa-sisa akhir yang ada kerana kamu tahu ‘rasa itu’ rasa yang tidak mampu dibeli dengan segunung harta materi di dunia. Ya, ini kerjaya kami selamanya.

Moga sekuel DIAgnosis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.

  • Category:bacaan-umun–lain-lain
  • ISBN Code:9789671307304
  • Format:Paperback
  • By (Author):Dr. Anwar Fazal; Dr. Aizzat; Dr. Azah; Dr. Fatin Liyana; Dr. Beni Rusani; Dr. Mafeitz; Dr. Mahyuddin
  • Publisher:White Coat Enterprise
  • Published Date:06 Mar 2015