TAUFAN’S CAFE,Sungai Rambah, Pontian

Cerita jjcm di JOHOR.

2nd location. Dinner di Sungai Rambah, Pontian

Lepastu alang2 singgah TAUFAN’S CAFE plk. Pekena set mukbang western. Ada sosej, ayam, kambing meatball wedges dan coslow. dan ayam goreng. Air nanas MD2. Set ayam ala carte murah jek rm18.90. Air nanas dia rm6 mantop.

Satu jalan dgn moyang cafe tadi. Dan sebelum sampai akan nmpk manja kedai mee udang. Tp kami pilih taufan’s la mee udang ada yg gout. Tp korang pergi pon bole tahan sedap dia. Oh kt taufan’s pin ada mee bandung udang.

Dh kenyang jom balik. Esok sambung lokasi lain plk.

Yg rare gambar last dpt cite kat anak2 dlu umah tok mcm tu la. Skrg korang dlm rumah pon takut.

Sungai Rambah, Pontian

Cerita jjcm di JOHOR.

Dinner di Sungai Rambah, Pontian

After office terus gerak ke pontian makan di MOYANG kafe. Menu hot seller menu dia Satay Babat. Sedap gila lembut kuah kacang mantap. Set pari bakar dgn telur dan sayur utk dua orang rm20 jek. Murah sgt harga.

Order tomyam campur. Udang sini fresh tepi laut kata kan. Tomyam dia mcm mak2 kite buat tomyam melayu gitu

NASI AYAM DAPO MAK KIAH Dapo Mak Kiah KULAI, JOHOR

Cerita jjcm di JOHOR. 25hb Disember 2023

NASI AYAM DAPO MAK KIAH Dapo Mak Kiah KULAI, JOHOR

Berpagian beratur untuk cuba nasi ayam viral ni. Last week pergi pkl3 dh habis. Harini dh plan mmg kena makan juga.

Order set dulang tambah satu nasi. Set dulang rm55 biasa nasi 4 ayam seekor. Air kt depan free bukan biasa2 air jagung, sirap, keladi, air lemon tea. Anak sy asik ulang g ambil air. Air jagung bukan jagung cikai2 tp pure jagung. Set couple 2 nasi ayam separuh. Sambal nasi ayam sup semua sedap.

Cuma servis kt order tu queue panjang sebab kaunter kecik dan agak slow. Set dulang harini dpt t-shirt ler.

Nk mkn dulang better ambil pinggan kosong susah sikit nk mkn kabo awal2.

LOAF, ADAM PATISSERIE

The Only Loaf You Need

🥐 | ☕️
JB | 🇲🇾
Open everyday EXCEPT TUESDAY
Opening hours:
8.30am – 6pm

linktr.ee/loafadam

Cerita jjcm di JOHOR. 25hb Disember 2023

LOAF ADAM, Larkin

The Only Loaf You Need

Tema hari ni habiskan diet selama ini dgn santai g jln2 cari makan. Dr SKUDAI ke KULAI ke LARKIN. Sanggup tunggu beratur kt loaf adam. Dia saya followup di insta adam ni dr sebelum buka cafe. Tempat duduk terhad klu nk dine in tp staf dia terbaik layan je.

Nk take away bole beratur beli kt dalam. Bagi yg dh dpt tempat duduk bole scan utk beli air dan mkn selain pastry. Pastry kena beratur kt kaunter.

Croissant dia sedap giler. Nmpk crust pastry dia tu kt gambar last mmg tak sah kalau x sepah mcm pastry. Nk tgu cromboloni belum masa lagi 3-4 dan 5-6pm. Order mac n cheese dan spagetti aglio olio pon sedap yakmat. Spagetti kena dgn tekak pedas. Aisyah kuat pedas bole mkn.

Nmpk adam kt kaunter jek td. Minta staf dia sampaikan salam shj dr sy as peminat buat adam. Semoga business terus maju jaya.

Seat diluar yg versetile

Perkara yang Perlu Anda Teliti Sebelum Menceburi Perniagaan F&B

Perniagaan makanan adalah antara yang paling popular di kalangan usahawan tempatan. Selalunya, mereka yang ingin menceburi perniagaan F&B dah fikirkan apa yang mereka nak jual, kadangkala sejenis makan itu sendiri menjadi pencetus inspirasi untuk memulakan perniagaan. Orang puji resepi turun temurun kek lapis keluarga, kita teruja nak jual. Namun begitu ada beberapa perkara penting yang perlu diberi keutamaan bila kita nak menjadi usahawan makanan.


1. Research
Antara perkara yang kritikal tetapi kadangkala terabai dalam memulakan perniagaan adalah ‘research’. Sudahkah anda membuat ‘market research’, yakni ada tak pasaran untuk apa yang anda nak jual? Apakah harga jualan yang berpatutan? Siapakah pesaing? Dapatkan maklum balas untuk makanan yang anda jual, tanya mereka yang sanggup memberi pandangan yang konstruktif – janganlah tanya Maklong yang sejak kecil lagi tak pernah jemu memuji anak saudara kesayangannya tak kira apa yang kita buat.


2. Customer
Ramai usahawan makanan di dorong oleh minat yang mendalam terhadap makanan. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah perniagaan yang berjaya memerlukan keuntungan kerana ia merupakan sumber pendapatan ataupun periuk nasi bagi yang mengusahakannya. Maka citarasa serta keutamaan pelanggan amat penting. Seorang usahawan tidak boleh ‘syok sendiri’ semata-mata. Sejak kebelakangan ini, dan tentunya dalam kalangan generasi muda, pengguna minat akan perniagaan yang prihatin dan bertanggungjawab. Contohnya tentang kualiti bahan-bahan yang digunakan, perihal kesihatan dan juga isu-isu berkaitan dengan kepentingan alam sekitar. ’Think about your customers and they will think about your business’.


3. Operations
Apakah sistem, aplikasi serta apa jua keperluan yang akan anda pilih untuk mengurus perniagaan anda, berdasarkan model bisnes anda? Apakah jenis sistem POS (Point Of Sales) yang paling sesuai, perisian atau software apa yang dapat membantu bergantung kepada jenis perniagaan? Jika perniagaan anda mempunyai perkhidmatan penghantaran, lain keperluannya berbanding yang tidak. Sesetengah perniagaan pula memerlukan sistem pengawalan inventori yang lengkap. Berikan masa yang cukup untuk melengkapkan proses yang berkaitan. Sebagai contoh, kemudahan mesin kad kredit mengambil masa antara 3-6 minggu untuk diluluskan oleh institusi kewangan yang menyediakannya.


4. Permit
Apakah yang diperlukan untuk perniagaan anda dari segi permit dan lesen? Kadangkala, bahagian tertentu dalam perniagaan memerlukan kelulusan yang berbeza. Papan tanda memerlukan kelulusan yang berbeza berbanding dengan sebuah dapur. Pastikan perniagaan anda tahu dan memenuhi semua peraturan serta syarat yang relevan dan berkaitan. Sebagai contoh premis atau kedai tidak boleh menggunakan logo ‘Halal’ kalau tidak diluluskan.


5. Marketing & PR
Bagaimanakah anda akan mempromosi perniagaan anda? Industri F&B amat kompetitif, terutamanya perniagaan yang menjual makanan sama ada anda sebuah ‘home baker’ ataupun pemilik restoran. Apa yang akan membolehkan perniagaan anda terserlah? Perniagaan mana pun kini umumnya memerlukan media sosial dan apakah cara terbaik untuk memanfaatkannya. Pastikan platform yang dipilih mengandungi maklumat lengkap dan tepat mengenai perniagaan anda dan kendalikannya dengan konsisten dan baik. Buat perancangan untuk menjemput orang-orang yang berpengaruh (influencers) yang berkait dengan perniagaan anda untuk mencuba makan/produk/perkhidmatan anda dan seterusnya menguar-uarkannya. Sebagai contoh ‘food blogger’.


6. Staff
Kerap kali kita dengar ungkapan ‘a company is about its people’. Dalam perniagaan yang melibatkan makanan, sebaik-baiknya cari pekerja yang dengan sendirinya memang minat tentang makan dan juga ‘customer service’. ‘Staff training’ sudah tentu amat penting dalam sesebuah perniagaan tetapi apabila kita mengambil pekerja yang cenderung terhadap perniagaan kita, sudah tentu tugas mereka (dan kita) akan jadi lebih mudah. Sebagai contoh tak payah lah ambil jenis muka monyok untuk menjadi pelayan, hilang selera pelanggan dibuatnya nanti. Bila dah dapat pekerja yang baik, pupuklah semangat berpasukan supaya mereka terus terdorong untuk setia bersama-sama anda.


7. Supply chain
Dapatkan pembekal yang baik dan jalinkan hubungan baik bersama mereka, sama ada yang membekalkan barang makanan ataupun bungkusan mahupun yang lebih berkait dengan ‘admin’. Apa yang kita tawar atau jual kepada pelanggan perlu lah konsisten dan sedikit sebanyak bergantung kepada pembekal. Kalau dah baik dengan pembekal, dalam keadaan dia kurang stok pun kita ada peluang nak dapat keutamaan.

Kredit/sumber: https://www.butterkicap.com/bisnes-makan/7-perkara-yang-perlu-anda-teliti-sebelum-menceburi-perniagaan-fb

Menu Cadangan Restoran

Nampak menyelerekan. Bagi yang ingin mencuba business F&B seperti restoran boleh masukan di dalam menu restoran anda menu di atas. Ikan sambal, udang goreng kunyit, sup daging/ekor, timun dan sambal belacan dan nasi putih panas-panas. Ya, nasi panas wajib !

Tanaman Sayuran yang Sesuai Ditanam Ketika Musim Hujan

  1. Kangkung
  2. Bayam
  3. Sawi Putih
  4. Salad/Selada
  5. Daun Bawang
  6. Terung
Terung
Sawi Batang Putih

Kerana semua sayuran dinyatakan amat meyukai akan air dan membiak dgn cepat dgn adanya air dan cuaca yg tidak terlalu panas. Namun begitu selain kangkung jika menggunakan media tanah akarnya harus dijaga jangan dibiarkan bertakung airnya bagi elak daripada akar rosak dan membusuk. Semua tanamaan ini sesuai di tanam secara fertigasi. Dan selain Terung sesuai ditanam secara hidroponik.