Tarikh : 14 April 2022 (Khamis)
Detik hari terakhir bersama Fakulti Kejuruteraan, UTM Johor Bahru.
Sebelum tiba detik hari perpisahan, meh aku citer sikit serba serbi pasal FE ni. Sebelum aku masuk FE, aku seorang staf Fakulti Komputeran seperti mana yang aku ada bagitau la dalam Biography aku. Aku keje as Pembantu Tadbir Urusan viva.
FE ni start ditubuhkan pada Ogos 2018. Tak silap aku, aku punya unit antara yang paling awal masuk di Pejabat Bangunan V01. Waktu itu, unit Kualiti dan Strategi diketuai oleh ADQS iaitu Prof. Ts. Dr. Abd Latif bin Saleh dan pegawai PP aku Puan Murni Hariyanti, PA waktu itu Kak Sab dan aku lah as kerani QS. Kat FE masa tu yang ada Dekan Dato’ Rafiq, PA Dekan dan TDA Prof. Baha dan PA Puan Rahimah yang jaga TDA dan juga tak silap En. Asram.
Berapa kerat je staf masa tu. Lama kelamaan sikit demi sedikit staf baru masuk… Kerani viva terutamanya sehinggalah akhirnya kerani jadual. Kerani viva FE Kak Ita, Kak Fara, Aida, Kak Yan, Kak Ida, Lisa. Kerani jadual ANna dan Mira. SPACE pulak kakak kawasan Linda Space..hiiiihihihhih…
Lama-kelamaan kami jadi lah semakin rapat antara satu sama lain di Pejabat Akademik FE. PA ACQS yang mulanya Kak Sab bertukar kepada Kak Dayah Bachok dan akhirnya last skali kak Susi. Alhamdulillah segala kerja dan urusan kami semakin lama semakin bertambah baik dan dipermudahkan. Aku yang dulu takut dan gerun ngn Mem besawww Puan Murni akhirnya jadi kenal lebih rapat dan lebih selesa. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Speak Your Mind