Aku Penjual Karpet?

Laiii….Laiii….Karpet terbanggg marii….marii….

Demi menambah pendapatan yang keje hakiki……senang citer income tepi lahhh…aku minat jugak bisnes2 kecil-kecilan macam salah satunya jual karpet. Aku jual karpet velvet, karpet turkey dan karpet shining2….

Kalau org ckp seronok ke?? bes ke?? tak penat ke?? Jawapan aku…..senang je…ak rasa enjoy je lagi2 bile ada mendatangkan pendapatan bhahahahahahhahaha…. Aku pun suka2 je…promote2… ada yg minat grab.. just roger, aku hantar skali… Mula-mula aku tak sangka gak mendapat sambutan…tapi kalau dah Rezeki Allah tetapkan…… pasti akan datang hasilnya. Berkat usaha dan keikhlasan. Percaya rezeki Allah….. itu yang menguatkan lagi aku punya minat dalam bisnes karpet ni…

Setiap kali nak amek stok, pihak kedai akan share pada aku design2 karpet yang available. Aku jual karpet dari saiz S sampai la yang paling besar 5xl..

Meh aku share sikit detail ukuran karpet k…

Saiz S : 90cm x 120cm

Saiz M : 120cm x 180cm

Saiz L : 160cm x 220cm

Saiz XL : 180cm x 220cm

Saiz XXL : 180cm x 240cm

Saiz 3XL : 180cm x 260cm

Saiz 5XL : 200cm x 290cm

Hari Pertama Lapor diri dan menjadi Staf AMD

17.04.2022 (Ahad)

Ok…. hari yang mendebarkan…. tepat 17.04.2022 aku lapor diri di pejabat baru di AMD. Aku difahamkan aku akan buat keje PG. Handle graduan pelajar. Ehhhhhh gugup jugak tapi aku sahut cabaran bertugas dengan job skop keje baru ni. Awalnya aku ke pejabat TNCA lapor diri dan aku dibawa ke AMD bawah ARO yang akan ditubuhkan start Julai nanti. Bosss paling besar aku Encik Asram. Tapi, aku di bawah AMD iaitu Encik Zaires. PP aku puan Safriza dan CC aku puan Rilawati.

Sape saje yang akan berurusan ngan aku, aku akan cuba sebaik yang mungkin. Aku akan cuba berkhidmat dengan penuh dedikasi..ecehhhh! Aku percaya Allah Yang Satu sentiasa ada paling hampir dengan aku dan sokongan suami aku yang sentiasa akan berada di sisi walau susah senang aku. Suami aku la yang jaga aku dan banyak bersabar dengan aku selama ini. Aku bersyukur Allah temukan aku dengan suami aku Muhammad Affendi bin Edroos.

Aku tak akan lupa ayat ustaz, “Suami awak ni relax… bkn relax je tau…relax abisssss”…. bhahahahahaha….

Selfie 2 hari terakhir di FE

Inilah aku ….last gambar selfie kat Pejabat Dekan FE. Masa ini tarikh 13.04.2022. Aku dah dapat surat pindah masa ni tau. Nampak surat aku ke ARO.. maknanya aku buat akademik tapi yang pentinggggg bukan Viva… Oklah aku jaga graduan pelajar. Aku kene sahut cabaran kerja baru ni. Hidup kene teruskan… Aku yakin aku boleh buat. AKu dah tak nak stress2… aku nak happy je… ak nak bahagiakn diri aku sebelum aku hembus nafas terakhir. AKu yakin dengan ALlah… ALlah pasti atur yang terbaik buat aku.

Team Ladies FE

Haaaaa kami bab2 bergambar mmg nombor satu……. Nampak tak wajah2 ceria kami. Inilah geng2 FE yang sentiasa HAVOC! Mmg havoc!! kepala gonjeng tapi mmg the best! Dalam bergambar sebenarnya memasing tengah bersedih sebab last dayyyyy!!! last day bersama di FE!!

Banyak sangat kenangan manis berbanding pahit taw…Kawan ceria, kawan ngumpat, kawan mengata bhahahahhahah kawan makan2…. kawan menganjing semua ada laaaah! tapii yang bestnyeeee kami tak berdendam dan tak makan hati. Ikhlas berkawan… Itu yang penting… Masing-masing pun tak pernah memilih bulu dalam berkawan. Aku sayang ngn dorang ni….

Dalam berkawan, tak mustahil ada je kekurangan dan kelebihan memasing. Tapi adat la kan. Aku ni pn banyak kurang… ada je yang tak puas hati ngan sikap aku ni,… Aku?? lantak laaah…. janji aku cuba je la jaga hati korang walaupun kekadang mmg aku terlebih gurau… tapiiii kawan-kawan aku ni so far ok je…. layankan je sebab pangai 2×5 je ????

PT Viva vs Ex PT Viva

Haaaa… kat gambar ni, kalau korang nak tau dorang ni la Pembantu Tadbir yang bakal uruskan viva macam yang aku bikin dulu2 sebelum tertubuhnya FE. Haaa antaranya Awen, Su, Shira dan Emir. Haaa ni la bakal-bakal menerajui keje-keje viva dan bantu pelajar berjaya cemerlang dan gemilang!! Sebenarnya memasing tak nak terima atau mudah ckp keberatan laa nak terima job scope viva ni. Dorang ni seolah-olah nye mangsa keadaan memandangkan team Viva FE semua dah tak buat viva… Tak pa dalam erti kata lain…kita bgi la peluang dorang ni merasa keje tough sikit mana tauuu senang nak naik pangkat. Keje baru pengalaman baru. Aku pon bole je bantu-bantu kalau ada yang dorang ni perlukan bantuan.

Biasa la viva ni rumitnya sebab jalan citer nak graduan kan pelajar tu perlu lah melalui banyak fasa. Tapiiii dorang ni kira beruntung tawwww.. Start dengan terima tesis pelajar untuk viva je. Aku ni haaa dulu start pelajar mendaftar sampai lah ke graduan ya Allah… tuhan saje yang tau. Tak silap ak masa tu tahun 2011 la. AKu baru setahun jagung kat UTM terus buat keje berat. Sebabbbb alasan arwah TP masa tu katanya aku dari swasta, mesti boleh buat keje berat… boleh gituu??? tapi x pe lah dah arwah pun orang nye…

Mula nak start buat PG tu aku terduduk diam gak mentelaah folder2 dlm pc yang ditinggalkan PIC dulu. Tak ada sesi ajar mengajar ok. Aku belajar sendirri je Ya Allah. Semua waktu tu manual. Belum bersistem. Aku sabar lagi. Pastuuuu ura2 sebelum ak buat keje tu katanya aku akan dibantu staf lain..maksudnya yg keje ak tu handle 2 org la… tapiii rupanya indah khabar dari rupaaaa… aku tertipu…!Tipahhh tertipu….! detik berganti detik, jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu,…aku masih handle sorang2.. tak ada bayang tambahan staf bantu aku… korang bayangkan 700 pelajar research aku sorang handle… tak tahan siottttttt..

Confident la sampai satu tahap aku beranikan diri jumpa TDPS masa tu PM. Dr. Siti Zaiton. AKu tanya “Dr., difahamkan keje saya ni 2 org akan buat… boleh saya tau sape lagi sorang ye?”…. korang nak tau tak apa jawapan yang aku dapat????

“Ehhh tak lah sha,…tiada tambahan staf. Memang awak saje yang kene buat”…. ko rase??? aku sambung terduduk lagi tawwww….. ak amek masa gak nak amek mood waktu tu… aku rasa kejaammmm… kejammm! tapi tak pe dah arwah pun TP tu….. aku sabar lagi….

Tapi aku cekalkan je laaa . Tawakal… Aku pasang niat keje kerana Allah. Ikhlas kerana Allah,… makaaa segalanya dipermudahkan. Aku belajar sedikit demi sedikit sampai aku rasa aku tak perasan rupanya 7 tahun jugak aku berkecimpung dengan keje yang aku tak nak terima mula2 dulu.

Dari bangunan D07, berpindah lah pulak ke N28a. Dannnnnnnnn akhirnyaaa 2018, Allah mengabulkan doa aku untuk keluarkan aku daripada pejabat AKademik Fakulti Komputeran. Aku dah tak larat buat vivaaaa…. Aku akhirnya dapat job scope baru Kualiti & Strategi….. Fuhhhhh legaaaaa…. AKu mmg tak sangka Puan Murni sanggup tolong aku beb……selamatkan aku daripada berterusan buat viva…??

Memandangkan aku penah buat viva jadi aku layankan la kawan2 aku yang kat dlm gambar ni untuk bamtu dorang kalau dorang ada masalah. Tu lahhh ak pn terlibat sama dengan grup kecil viva yg dorang create kat wasap…..semoga aku dapat lah bantu mempermudahkan urusan dorang…

Team Kualiti & Strategi FE

Inilah Team Kualiti & Strategi FE.

Pejam celik pejam celik… tiga tahun jugak bekerjasama. Banyak memori suka duka. Mana tak nye…. dengan melayan ragam semua pentadbir sekolah lagi2 hal2 audit. Audit AKA lagi. Kursus dan bengkel pn kami juga uruskan. Paling best bila hari Magfe. Memang seronok! Pengalaman membuat sijil, menyusun penerima anugerah. Macam-macam hal. Itu belum lagi cerita kerja-kerja adhoc. ??

Tapiiiii yang tak boleh lupe… semenjak adanya FE, haaa aku lah bidan terjun untuk buat persembahan. Mana mulanya ntah…… Puan Murni la selalu jual nama aku untuk buat persembahan. AKu nak tolak pn tak berani sebab bosskannn bhahahah. Akhirnya sumbangkan jugak la lagu dengan suara yang sumbang ni..??

Citer pasal persembahan ni, aku nye persembahan selalunya diiringi oleh band SKA… kitorang pepandai gelarkan band tu Band Pak Maon… Ahli kumpulan Band tu mmg best2. Semua nya sporting!Boleh layannnnnnnn.

Audit AKA ni antara benda yang agak tough! macam2 kerja. Maklumlah pertandingan kan…. Kitorang ni FE lagi laaaaa besar betul. Banyak benda nak buat. Tangggg yang mmg aku confirm kene buat ape lagi segmen temubual panel bersama staf akademik, staf sokongan dan pelajar. Aku selalu buat grup wasap untuk mudah contact depa2 semua. Alhamdulillah semua beri kerjasama yang baik. Sangat memudahkan. Cuma biasa lah QRiM ni kekadang ada masa nak dekat hari kejadian macam-macam la die minta. Ehhh kadang geram…

Nak sentuh pasal keje kualiti, benda yang aku takot pasal SPK. SPK ni agak rumit jugak. Kene sentiasa update SPK sistem. Format jgn cakap lah. Tapiii tu lahhh bile bubarnya FE, tak sempatlah aku nak mentelaah lebih dalam tang SPK ni. Kita bagi je la pada PIC2 fakulti memasing untuk mentelaah ye.

Pendaftaran program di MQA pun nak kene titik beratkan. Mau tak cuak kalau program pelajar tak daftar kar MQA, macam mana nak iktirafkan sijil pelajar dan besar kemungkinan tak pasal-pasal pelajar tak dapat kerja hihiih. So, make sure ye kengkawan, program di fakulti memasing kene ada di website MQA. Kalau tak ada kene daftarkan segera ye kengkawan. Sila la isi borang J dan Borang D. Borang J sekiranya ada pertukaran nama atau kurikulum program dan borang D plak kalau nama program memang tak pernah didaftarkan langsung…

Kasik aku chance sikit nak citer pasal bos aku ni. Boss aku ni Murni dia ni orangnya sebenarnya helok je. Cumaaa jgn start bagi mood die swinggggg. Ikutkan die la boss yang mudah nak berbincang dan berunding. Best gilerrr beb. Aku dulu takot betul ngn die sebab dia kan garang… pastu keje nak memetit je.. Tapi sepanjang aku keje ngan die, aku x penah kene petir ngan die b hahahahahahhaha. Korang jaga je la disiplin korang.. buat la keje helok2 dan dengar la arahan dengan baik. Memang die ok aje….

Hari Perpisahan Fakulti Kejuruteraan

Tarikh : 14 April 2022 (Khamis)

Detik hari terakhir bersama Fakulti Kejuruteraan, UTM Johor Bahru.

Sebelum tiba detik hari perpisahan, meh aku citer sikit serba serbi pasal FE ni. Sebelum aku masuk FE, aku seorang staf Fakulti Komputeran seperti mana yang aku ada bagitau la dalam Biography aku. Aku keje as Pembantu Tadbir Urusan viva.

FE ni start ditubuhkan pada Ogos 2018. Tak silap aku, aku punya unit antara yang paling awal masuk di Pejabat Bangunan V01. Waktu itu, unit Kualiti dan Strategi diketuai oleh ADQS iaitu Prof. Ts. Dr. Abd Latif bin Saleh dan pegawai PP aku Puan Murni Hariyanti, PA waktu itu Kak Sab dan aku lah as kerani QS. Kat FE masa tu yang ada Dekan Dato’ Rafiq, PA Dekan dan TDA Prof. Baha dan PA Puan Rahimah yang jaga TDA dan juga tak silap En. Asram.

Berapa kerat je staf masa tu. Lama kelamaan sikit demi sedikit staf baru masuk… Kerani viva terutamanya sehinggalah akhirnya kerani jadual. Kerani viva FE Kak Ita, Kak Fara, Aida, Kak Yan, Kak Ida, Lisa. Kerani jadual ANna dan Mira. SPACE pulak kakak kawasan Linda Space..hiiiihihihhih…

Lama-kelamaan kami jadi lah semakin rapat antara satu sama lain di Pejabat Akademik FE. PA ACQS yang mulanya Kak Sab bertukar kepada Kak Dayah Bachok dan akhirnya last skali kak Susi. Alhamdulillah segala kerja dan urusan kami semakin lama semakin bertambah baik dan dipermudahkan. Aku yang dulu takut dan gerun ngn Mem besawww Puan Murni akhirnya jadi kenal lebih rapat dan lebih selesa. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

FE dalam Kenangan..

2 hari terakhir bersama FE. Rasa sangat sedih yang tak dapat nak digambarkan. Kami berpakat pakai baju yang sama bagi menyemarakkan lagi rasa kebersamaan dan keakraban kami. Walaupun sinergi atau wujudnya FE bermula pada Ogos 2018, namun nilai persahabatan yang ukhwah antara kami bagaikan kami dah kenal lebih 10 tahun antara satu sama lain.

Jommmm… saya share kan gambar2 kami 2 hari sebelum perpisahan sebenar kami…

Cinta dunia akhirat

Mak kesayangan

Hobi & Minat.. Sesekali asah bakat zaman sekolah dulu …

Terima kasih bossss… masih beri kepercayaan nak sumbangkan lagu untuk MAGFE 2021.. actually kali ke-3 punya majlis bermula start FE ditubuhkan. Sekali sekala asah sikit la bakat yang tak berapa nak ada..zaman sekolah dulu mmg setiap tahun la ada je event ngn pertandingan yang kene kerah buat persembahan dan wakil sekolah. Kalau korang ingat zaman2 sekolah yang ada pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli… haaa itu lah die yang memang muka sis laaaaa selalu kene pergi. Tak pe la demi mengharumkan nama sekolah..hihiih..
Syokkkk gak nyanyi dengan Band SKA ni… Band ni kitorang gelarkan Band PAK MAONNN…. hihihihi… Ahli geng memang best2… kepala boleh layannnnn….. Hilang jugak la stress kalau setiap kali training ngn PAK MAONNN band ni…hihihi