17.04.2022 (Ahad)
Ok…. hari yang mendebarkan…. tepat 17.04.2022 aku lapor diri di pejabat baru di AMD. Aku difahamkan aku akan buat keje PG. Handle graduan pelajar. Ehhhhhh gugup jugak tapi aku sahut cabaran bertugas dengan job skop keje baru ni. Awalnya aku ke pejabat TNCA lapor diri dan aku dibawa ke AMD bawah ARO yang akan ditubuhkan start Julai nanti. Bosss paling besar aku Encik Asram. Tapi, aku di bawah AMD iaitu Encik Zaires. PP aku puan Safriza dan CC aku puan Rilawati.
Sape saje yang akan berurusan ngan aku, aku akan cuba sebaik yang mungkin. Aku akan cuba berkhidmat dengan penuh dedikasi..ecehhhh! Aku percaya Allah Yang Satu sentiasa ada paling hampir dengan aku dan sokongan suami aku yang sentiasa akan berada di sisi walau susah senang aku. Suami aku la yang jaga aku dan banyak bersabar dengan aku selama ini. Aku bersyukur Allah temukan aku dengan suami aku Muhammad Affendi bin Edroos.
Aku tak akan lupa ayat ustaz, “Suami awak ni relax… bkn relax je tau…relax abisssss”…. bhahahahahaha….
Speak Your Mind