PT Viva vs Ex PT Viva

Haaaa… kat gambar ni, kalau korang nak tau dorang ni la Pembantu Tadbir yang bakal uruskan viva macam yang aku bikin dulu2 sebelum tertubuhnya FE. Haaa antaranya Awen, Su, Shira dan Emir. Haaa ni la bakal-bakal menerajui keje-keje viva dan bantu pelajar berjaya cemerlang dan gemilang!! Sebenarnya memasing tak nak terima atau mudah ckp keberatan laa nak terima job scope viva ni. Dorang ni seolah-olah nye mangsa keadaan memandangkan team Viva FE semua dah tak buat viva… Tak pa dalam erti kata lain…kita bgi la peluang dorang ni merasa keje tough sikit mana tauuu senang nak naik pangkat. Keje baru pengalaman baru. Aku pon bole je bantu-bantu kalau ada yang dorang ni perlukan bantuan.

Biasa la viva ni rumitnya sebab jalan citer nak graduan kan pelajar tu perlu lah melalui banyak fasa. Tapiiii dorang ni kira beruntung tawwww.. Start dengan terima tesis pelajar untuk viva je. Aku ni haaa dulu start pelajar mendaftar sampai lah ke graduan ya Allah… tuhan saje yang tau. Tak silap ak masa tu tahun 2011 la. AKu baru setahun jagung kat UTM terus buat keje berat. Sebabbbb alasan arwah TP masa tu katanya aku dari swasta, mesti boleh buat keje berat… boleh gituu??? tapi x pe lah dah arwah pun orang nye…

Mula nak start buat PG tu aku terduduk diam gak mentelaah folder2 dlm pc yang ditinggalkan PIC dulu. Tak ada sesi ajar mengajar ok. Aku belajar sendirri je Ya Allah. Semua waktu tu manual. Belum bersistem. Aku sabar lagi. Pastuuuu ura2 sebelum ak buat keje tu katanya aku akan dibantu staf lain..maksudnya yg keje ak tu handle 2 org la… tapiii rupanya indah khabar dari rupaaaa… aku tertipu…!Tipahhh tertipu….! detik berganti detik, jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu,…aku masih handle sorang2.. tak ada bayang tambahan staf bantu aku… korang bayangkan 700 pelajar research aku sorang handle… tak tahan siottttttt..

Confident la sampai satu tahap aku beranikan diri jumpa TDPS masa tu PM. Dr. Siti Zaiton. AKu tanya “Dr., difahamkan keje saya ni 2 org akan buat… boleh saya tau sape lagi sorang ye?”…. korang nak tau tak apa jawapan yang aku dapat????

“Ehhh tak lah sha,…tiada tambahan staf. Memang awak saje yang kene buat”…. ko rase??? aku sambung terduduk lagi tawwww….. ak amek masa gak nak amek mood waktu tu… aku rasa kejaammmm… kejammm! tapi tak pe dah arwah pun TP tu….. aku sabar lagi….

Tapi aku cekalkan je laaa . Tawakal… Aku pasang niat keje kerana Allah. Ikhlas kerana Allah,… makaaa segalanya dipermudahkan. Aku belajar sedikit demi sedikit sampai aku rasa aku tak perasan rupanya 7 tahun jugak aku berkecimpung dengan keje yang aku tak nak terima mula2 dulu.

Dari bangunan D07, berpindah lah pulak ke N28a. Dannnnnnnnn akhirnyaaa 2018, Allah mengabulkan doa aku untuk keluarkan aku daripada pejabat AKademik Fakulti Komputeran. Aku dah tak larat buat vivaaaa…. Aku akhirnya dapat job scope baru Kualiti & Strategi….. Fuhhhhh legaaaaa…. AKu mmg tak sangka Puan Murni sanggup tolong aku beb……selamatkan aku daripada berterusan buat viva…??

Memandangkan aku penah buat viva jadi aku layankan la kawan2 aku yang kat dlm gambar ni untuk bamtu dorang kalau dorang ada masalah. Tu lahhh ak pn terlibat sama dengan grup kecil viva yg dorang create kat wasap…..semoga aku dapat lah bantu mempermudahkan urusan dorang…

Speak Your Mind

*