Inilah Team Kualiti & Strategi FE.
Pejam celik pejam celik… tiga tahun jugak bekerjasama. Banyak memori suka duka. Mana tak nye…. dengan melayan ragam semua pentadbir sekolah lagi2 hal2 audit. Audit AKA lagi. Kursus dan bengkel pn kami juga uruskan. Paling best bila hari Magfe. Memang seronok! Pengalaman membuat sijil, menyusun penerima anugerah. Macam-macam hal. Itu belum lagi cerita kerja-kerja adhoc. ??
Tapiiiii yang tak boleh lupe… semenjak adanya FE, haaa aku lah bidan terjun untuk buat persembahan. Mana mulanya ntah…… Puan Murni la selalu jual nama aku untuk buat persembahan. AKu nak tolak pn tak berani sebab bosskannn bhahahah. Akhirnya sumbangkan jugak la lagu dengan suara yang sumbang ni..??
Citer pasal persembahan ni, aku nye persembahan selalunya diiringi oleh band SKA… kitorang pepandai gelarkan band tu Band Pak Maon… Ahli kumpulan Band tu mmg best2. Semua nya sporting!Boleh layannnnnnnn.
Audit AKA ni antara benda yang agak tough! macam2 kerja. Maklumlah pertandingan kan…. Kitorang ni FE lagi laaaaa besar betul. Banyak benda nak buat. Tangggg yang mmg aku confirm kene buat ape lagi segmen temubual panel bersama staf akademik, staf sokongan dan pelajar. Aku selalu buat grup wasap untuk mudah contact depa2 semua. Alhamdulillah semua beri kerjasama yang baik. Sangat memudahkan. Cuma biasa lah QRiM ni kekadang ada masa nak dekat hari kejadian macam-macam la die minta. Ehhh kadang geram…
Nak sentuh pasal keje kualiti, benda yang aku takot pasal SPK. SPK ni agak rumit jugak. Kene sentiasa update SPK sistem. Format jgn cakap lah. Tapiii tu lahhh bile bubarnya FE, tak sempatlah aku nak mentelaah lebih dalam tang SPK ni. Kita bagi je la pada PIC2 fakulti memasing untuk mentelaah ye.
Pendaftaran program di MQA pun nak kene titik beratkan. Mau tak cuak kalau program pelajar tak daftar kar MQA, macam mana nak iktirafkan sijil pelajar dan besar kemungkinan tak pasal-pasal pelajar tak dapat kerja hihiih. So, make sure ye kengkawan, program di fakulti memasing kene ada di website MQA. Kalau tak ada kene daftarkan segera ye kengkawan. Sila la isi borang J dan Borang D. Borang J sekiranya ada pertukaran nama atau kurikulum program dan borang D plak kalau nama program memang tak pernah didaftarkan langsung…
Kasik aku chance sikit nak citer pasal bos aku ni. Boss aku ni Murni dia ni orangnya sebenarnya helok je. Cumaaa jgn start bagi mood die swinggggg. Ikutkan die la boss yang mudah nak berbincang dan berunding. Best gilerrr beb. Aku dulu takot betul ngn die sebab dia kan garang… pastu keje nak memetit je.. Tapi sepanjang aku keje ngan die, aku x penah kene petir ngan die b hahahahahahhaha. Korang jaga je la disiplin korang.. buat la keje helok2 dan dengar la arahan dengan baik. Memang die ok aje….
Speak Your Mind