Ouucchhhh… sakit gigi…
Alhamdulillah..UTM memperuntukan RM 500 setahun kepada stafnya untuk membuat rawatan pergigian di mana-mana klinik gigi kerajaan ataupun swasta.
RAWATAN YANG DITANGGUNG:
Rawatan pergigian adalah merupakan rawatan yang dibuat di Klinik Pergigian Kerajaan/Klinik Pergigian Swasta/Pusat Kesihatan Universiti dan terhad kepada RM500.00 setahun bagi setiap staf dan ahli keluarganya yang berkelayakan meliputi :
- Pemeriksaan dan Diagnosa
- Ubat-Ubatan
- Rawatan Abses (Bengkak Gusi)
- Cabutan Gigi
- Tampalan Gigi
- Penskaleran (Cuci Gigi)
- Endodontik (Mematikan Saraf Gigi)
- Pembedahan Kecil Mulut (Minor Oral Surgery)
- X-ray
Staf dan tanggungan yang telah membuat pembayaran rawatan pergigian boleh membuat tuntutan balik ke Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar dengan menggunakan Borang-Pengesahan-Rawatan-Pergigian-Staf-Tanggungan-Edisi-4-2019 dalam tempoh 3 bulan dari tarikh menerima rawatan.
RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG:
- Gigi Palsu
- Crown
- Inlay/Onlay
- Implant
- Bridge
- Orthodontik
- Rawatan Kosmetik Gigi
KELAYAKAN:
- Staf
- Suami/Isteri
- Anak
Haa… jom la kita ke klinik check gigi
This article was originally published at https://registrar.utm.my/bpo/services/perubatan-staf/pergigian/, “Rawatan Pergigian”, Jabatan Pendaftar, UTM.