Rawatan Pergigian UTM

Ouucchhhh… sakit gigi…

Alhamdulillah..UTM memperuntukan RM 500 setahun kepada stafnya untuk membuat rawatan pergigian di mana-mana klinik gigi kerajaan ataupun swasta.

 

RAWATAN YANG DITANGGUNG:

Rawatan pergigian adalah merupakan rawatan yang dibuat di Klinik Pergigian Kerajaan/Klinik Pergigian Swasta/Pusat Kesihatan Universiti dan terhad kepada RM500.00 setahun bagi setiap staf dan ahli keluarganya yang berkelayakan meliputi :

  1. Pemeriksaan dan Diagnosa
  2. Ubat-Ubatan
  3. Rawatan Abses (Bengkak Gusi)
  4. Cabutan Gigi
  5. Tampalan Gigi
  6. Penskaleran (Cuci Gigi)
  7. Endodontik (Mematikan Saraf Gigi)
  8. Pembedahan Kecil Mulut (Minor Oral Surgery)
  9. X-ray

Staf dan tanggungan yang telah membuat pembayaran rawatan pergigian boleh membuat tuntutan balik ke Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar dengan menggunakan Borang-Pengesahan-Rawatan-Pergigian-Staf-Tanggungan-Edisi-4-2019 dalam tempoh 3 bulan dari tarikh menerima rawatan.

 

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG:

  1. Gigi Palsu
  2. Crown
  3. Inlay/Onlay
  4. Implant
  5. Bridge
  6. Orthodontik
  7. Rawatan Kosmetik Gigi

 

KELAYAKAN:

  1. Staf
  2. Suami/Isteri
  3. Anak

 

Haa… jom la kita ke klinik check gigi

 

This article was originally published at https://registrar.utm.my/bpo/services/perubatan-staf/pergigian/, “Rawatan Pergigian”, Jabatan Pendaftar, UTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *