Syafaat surah Al-Mulk

Carilah motivasi kenapa kita perlu baca Al-Mulk setiap hari. Saya kongsikan di bawah.
Hadis daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk.” Riwayat Ibn Majah (3786)
Daripada Ibn Abbas, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Maka didapati padanya seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam.” Maka jawab Baginda SAW, “surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.” Riwayat al-Tirmizi (2890)
Saya yakin setiap orang ada cara masing-masing untuk menghafal.
Di sini saya kongsikan cara untuk menghafal Surah Al-Mulk. Boleh cuba ya.
1. Niat hafal kerana Allah.
2. Cari guru untuk belajar bacaan yang betul. Kalau susah, cari online mana-mana qari yang anda suka dan dengar bacaan mereka berulang kali.
3. Lancarkan bacaan bagi memudahkan hafalan. Baca berulang kali. Gunakan mushaf Al-Quran yang sama setiap kali membaca
.
4. Tulis perkataan pertama setiap ayat untuk memudahkan kita mengetahui kedudukan ayat. Kecuali beberapa ayat yang sama perkataan awalnya. Contoh ayat 2 dan 3, tulis 3 perkataan awal untuk membezakan 2 ayat tersebut.
Ayat 1: تَبَٰرَكَ
Ayat 2: ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ
Ayat 3: ٱلَّذِى خَلَقَ سَبْعَ
Ayat 4: ثُمَّ
Ayat 5: وَلَقَدْ
Ayat 6: وَلِلَّذِينَ
Ayat 7 : إِذَآ
Ayat 8: تَكَادُ
Ayat 9: قَالُوا۟
Ayat 10: وَقَالُوا۟
Ayat 11: فَٱعْتَرَفُوا۟
Ayat 12: إِنَّ
Ayat 13: وَأَسِرُّوا۟
Ayat 14: أَلَا
Ayat 15: هُوَ
Ayat 16: ءَأَمِنتُم
Ayat 17 : أَمْ أَمِنتُم
Ayat 18 : وَلَقَدْ
Ayat 19: أَوَلَمْ
Ayat 20: أَمَّنْ هَٰذَا ٱلَّذِى هُوَ
Ayat 21: أَمَّنْ هَٰذَا ٱلَّذِى يَرْزُقُكُمْ
Ayat 22: أَفَمَن
Ayat 23: قُلْ هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَكُمْ
Ayat 24: قُلْ هُوَ ٱلَّذِى ذَرَأَكُمْ
Ayat 25: وَيَقُولُونَ
Ayat 26: قُلْ إِنَّمَا
Ayat 27: فَلَمَّا
Ayat 28: قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَهْلَكَنِىَ
Ayat 29: قُلْ هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ
Ayat 30:
قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ
5. Hafal perkataan awal yang kita tulis. Bila kita hafal perkataan awal yang kita tulis, otak kita sendiri akan tahu sambungan perkataan tersebut dan kita tidak akan mudah tertukar/terlangkah ayat. (Langkah ini sangat mudah berhasil bila kita selalu baca surah Al-Mulk. Lihat langkah 3.)
6. Baca ayat yang kita sudah hafal semasa dalam solat wajib/solat sunat rawatib dan sebelum tidur.
Mungkin ada yang tertanya, ikut cara ni berapa hari boleh hafal?
Kecepatan menghafal bergantung kepada individu. Bagi yang pernah hafal sebelum ini tapi tiba-tiba lupa, sehari pun boleh untuk ingat semula semua ayat.
Bagi yang tidak pernah hafal sebelum ni, memang akan ambil masa beberapa hari untuk hafal. Minima 3 hari(sehari hafal 10 ayat).
Boleh juga letak target sehari hafal 1 ayat. Kalau rasa nak sehari hafal 5 ayat pun boleh.
Oh ya, masa yang paling baik untuk menghafal adalah sebelum subuh. Tapi bukanlah bermakna masa lain tak boleh. Boleh ja.
Ikutlah kemampuan diri masing-masing. Tiada pun pertandingan siapa paling cepat hafal. Santai.
Andai niat anda hafal kerana Allah, sangat mudah untuk menghafal. InsyaAllah.

Semoga berterusan.

Sumber: fb, Kelas Tahsin Qiraatil Quran Tampoi Johor Bahru