Chicken Pox adalah penyakit yang selalu dihadapi oleh kanak-kanak. Ia sudah pasti akan menyebabkan ibubapa tidak dapat bekerja kerana mereka perlu menjaganya di rumah. Begitu lah yang terjadi pada diriku, kebetulan terkena chicken pox ni di akhir percutian ku, tidak sempat masuk kerja, sambung lagi cuti kurantin..sekurang2nya 2 mggu setengah aku cuti..bukan mencari alasan sememangnya terpaksa turutkan..
suami dan 3 anak dijangkiti virus chicken ini. sungguh hebat ujian dariNya.. aku redha dgn ujian ini, cuma kadang2 kerisauan melanda, risau akan si baby yang tidak megerti apa2.. Alhamdulillah. setakat ini masih lagi dijauhi virus tersebut. amin
- Sedikit perkenalan penyakit ini
Chicken pox merupakan jangkitan virus yang akan menyebabkan seseorang itu mempunyai ruam dan juga demam. Ia juga dikenali sebagai cacar air kerana ruam tersebut akan menghasilkan gelembung yang mengandungi air. Sentuhan kepada cecair yang tercemar dengan virus tersebut boleh menyebabkan jangkitan chicken pox kepada orang lain.
Tetapi majoriti daripada jangkitan chicken pox adalah melalui titisan air yang terhasil daripada pesakit yang sedang batuk mahupun bersin.
Kebanyakkan pesakit chicken pox selalunya melibatkan kanak-kanak. Lebih daripada 90% pesakit chicken pox terdiri daripada kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun
Penyakit ini selalunya tidak berbahaya dan akan baik dengan sendirinya. Tetapi bagi mereka yang sudah dewasa dan juga mengalami masalah lemah sistem imun, mereka mungkin akan mendapat komplikasi daripada jangkitan kuman tersebut.
Di US, pemberian vaksin sudah dimulakan pada tahun 1995. Ini menyebabkan insiden penyakit chicken pox semakin kurang dengan banyaknya
- Rawatan
Rawatan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu rawatan sokongan, terapi anti-viral dan rawatan jangkitan bakteria sekunder.
Setiap rawatan ini bergantung kepada keadaan pesakit kerana tidak semestinya semua rawatan ini akan diberikan.
1 Rawatan sokongan
Rawatan sokongan adalah dalam erti kata kita merawat pesakit supaya dia merasa selesa sehinggalah penyakit itu baik dengan sendirinya. Terutamanya masalah gatal yang akan dihadapi oleh pesakit.
Jika tiada rawatan dilakukan, pesakit akan sentiasa menggaru kawasan cacar air tersebut dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria di tempat itu
Beberapa cara dan rawatan yang boleh dilakukan adalah:
- Selalu mandi supaya kegatalan dapat dikurangkan.
- Penggunaan losyen calamine
- Pengambilan ubat anti histamine seperti diphendyramine, cetrizine dan loratidine
Kadang-kadang chicken pox juga boleh menyebabkan kehadiran ulcer di dalam mulut menyebabkan kanak-kanak kurang minum air. Ini menyebabkan keadaan dihidrasi kepada pesakit
Beberapa cara yang kita boleh buat untuk mengatasi masalah ini adalah:
- Pemberian aiskrim. Aiskrim diberi untuk menyejukkan kawasan ulcer supaya kesakitan dapat dikurangkan. Apabila kanak-kanak itu merasa kurang sakit, barulah dia akan mula makan dan minumm
- Penggunaan ubat titis yang boleh mengurangkan rasa sakit. Anda boleh dapatkan ubat titis bagi ulcer di farmasi mahupun di klinik yang berdekatan.
2 Terapi Anti-viral
Pengunaan antiviral hanya perlu jika:
- Pesakit yang berumur 12 tahun ke atas
- Mempunyai masalah kulit dan paru-paru. Pesakit yang mempunyai masalah tersebut selalunya akan mempunyai komplikasi jika diserang chicken pox. Pemberian ubat anti-viral dapat mengelakkan daripada perkara tersebut berlaku
- Pesakit yang sedang di dalam terapi steroid
Ubat anti-viral yang selalu diberikan adalah acyclovir. Ia bertindak untuk membunuh virus tersebut sama seperti antibiotik. Cumanya dalam kes ini, ia digunakan untuk membunuh virus.
Pesakit yang sedang menggunakan steroid kerana penyakit lain akan mudah menghadapi komplikasi jika diserang chicken pox. Ini kerana sistem imun mereka akan menjadi lebih ketika pengambilan steroid. Disebabkan itu, pesakit seperti ini diwajibkan untuk mengambil anti-viral jika mendapat chicken pox
3 Rawatan Jangkitan bakteria sekunder
Jika kawasan cacar air menjadi lebih merah, bengkak dan sakit, jangkitan bakteria pada tempat tersebut mungkin sedang berlaku. Ini selalunya disebabkan kawasan cacar air tersebut digaru hingga menyebabkan bakteria luar memasuki kawasan tersebut dan menyebabkan jangkitan bakteria sekunder
Rawatan yang selalu diberikan untuk masalah ini adalah pemberian krim antibiotik. Krim antibiotik perlulah disapu ditempat yang disyaki dijangkit bakteria tersebut. Jika pesakit mengalami demam, pemberian antibiotik secara oral akan diberikan kepada pesakit.
chicken pox