(+603) 2180 5202 azaliah@utm.my

? RAPUH

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.

Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Jika kita menjadi sahabat jadilah sahabat yang mendamaikan
Jika kita menjadi anak jadilah anak yang menyejukkan kedua ibubapa

Kerna hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik
Jangan bertangguh menjadi ibu yang baik
Jangan bertangguh menjadi sahabat yang baik
Jangan bertangguh menjadi pekerja yang baik
Jangan bertangguh menjadi majikan yang baik

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.

Moga bertemu di syurga.

Uhibbukum fillah.

Sebarkan Ilmu Dan Kebaikan

Tazkirah Ringkas

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

walking

“Walking”
is the best exercise!!!
??
??
??
??
??
??
??
??

Walk Away ?? from
arguments that leads you to nowhere but anger.

Walk Away ?? from
people who deliberately put you down.

Walk Away ?? from
any thought that reduces your worth.

Walk Away ?? from
failures and fears that stiffle your dreams.

Walk Away ?? from
people who do not care for you and who are opportunistic.

The more you
Walk Away ?? from
things that poison your soul, the happier your life will be.

Give Yourself A Walk??
Towards love, peace, kindness and goodness

Give Yourself A Walk?? to God’s house and worship Him in Truth and in Spirit. May God help us daily to walk in the right direction, to walk towards Him and with Him.
??????

Let’s do more walking in the new year 2019.
?

Sesi Menandatangani Buku Perutusan Tahun Baharu Datuk NC bersama Warga UTMKL

 

Dimaklumkan bahawa sesi ini akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 29 Januari 2019 (Selasa)
Masa : 8.15 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Menara Razak, UTMKL

Sehubungan dengan itu, warga UTMKL yang ingin mendapatkan tandatangan Datuk NC pada buku yang telah dibeli, bolehlah hadir ke Perpustakaan Menara Razak, UTMKL seperti butiran yang dinyatakan.

Mohon diwar-warkan kepada semua staf di PTJ YBhg. Prof/Dr./Saudara.
Terima kasih.

Syarifah Syaliyana Syed Ali
Pejabat NC, UTMKL (28 Jan. 19 | 11am)

5th International Conference on Computing, Engineering, and Design (ICCED 2019)

Invitation to the 5th International Conference on Computing, Engineering, and Design (ICCED 2019), Nanyang Technological University (NTU), Singapore, 11 – 13 April 2019

Theme: “Collaborative Innovation in the Disruptive Technology Era”

ICCED 2019 is hosted by Nusa Putra University, supported by IEEE Computer Society, and co-hosted by: Sampoerna University, Politeknik Negeri Semarang, Universitas Hassanudin, IT Telkom Purwokerto.

Keynote Speaker:
1. Dr. Mahardhika Pratama, NTU, Singapore (Title of speech: Autonomous Deep Learning)
2. TBA, UM, Malaysia

All accepted papers, which are presented in the ICCED 2019, will be submitted for inclusion in IEEE Xplore and expected to be indexed by Scopus and others.

Important Date:
30 Jan 2019: Deadline of Paper Submission
25 Feb 2019: Notification of Acceptance
8 Mar 2019: Camera Ready
11 Mar 2019: Early Registration
15 March 2019 Final Registration
11-13 April 2019 Conference Day

So far, we received lots of papers from 8 countries.

https://icced.nusaputra.ac.id/

TIPS MEMBACA BUKU GAYA DATUK DR. MOHD DAUD BAKAR

TIPS MEMBACA BUKU GAYA DATUK DR. MOHD DAUD BAKAR

1. Training makes perfect – beliau pernah membaca dokumen paling kurang 500 pages a week – for the last 20 years

2. Practice makes perfect – Bruce lee training tumbukan bukan 100 kali sehari tetapi satu jenis tumbukan 100 kali sehari, kalau 10 cara tumbukan, that is 1000 times a day. The same goes with Lionel Messi.

3. Umur muda dengan kelapangan masa kena baca paling kurang 500 pages a week, cuba amalkan for 6 months, lepas tu akan jadi fast reader, boleh baca 1000 pages a week, lepas tu laju lagi in sha Allah

4. Bila baca banyak buku, both berat dan ringan, jiwa dan minda akan jadi ringan and light to read more, this an open secret. Mula-mula ya susah tetapi selepas 6 bulan dah jadi pentium 8

5. Ada jenis buku sekali khatam dah puas, ada yang lain kena baca berulang kali. Contoh pada beliau Kitab al-Risalah Imam al-Shafie dan Kitab Muwatta’ syarah shaibani dan Mudawwanah oleh Sahnun

6. Bagi beliau bacalah buku yang berat di masa kita bermotivasi tinggi dan buku ringan di masa kita penat dan letih, contoh di waktu jam atau menunggu flight delayed. Be flexible

7. Kita gagal membaca dengan baik sebab tak dapat appreciate buku dan pengarangnya, kena solve this issue first, baru laju dan bermotivasi. Ramai pelajar tak dapat kunci ni sebab itu tak baca atau lambat habis bila membaca. Ini punca segala-galanya. kita kena ubati ni dahulu

8. Novel is good for language and pengalaman hidup orang lain dan tips kehidupan, favourite beliau ialah John Grisham

Akhir sekali nasihat beliau, kena motivasi selalu untuk baca sebanyak mungkin target 200-300 pages a week. In sha Allah.

C/P.