Covid19? Tanda Allah Murka???

Assalamualaikum,

Ekoran kes Covid-19 yang semakin meningkat di negara kita Malaysia, berikut saya kongsikan info sahih daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum saya mulakan dengan tajuk sebenar.

 https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov#

Okay, tajuk saya nampak agak berat. Tetapi tuk blog saya ni, kita bincang secara santai. Adakah Covid-19 yang berlaku adalah tanda kemurkaan Allah? Jawapan saya. Wallahua’lam.

Bagi saya, segala yang berlaku pasti ada punca dan hikmah di sebalik kejadian ini. Tugas kita sebagai insan beriman, perlu sabar jika diduga, hentikan sebar maklumat tidak sahih serta bagilah sokongan moral sekiranya jiran atau sahabat kita serta ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.

Iye, saya tau kita risau ia akan berjangkit, namun sudahkah kita mengikut saranan yang dianjurkan oleh KKM? Saya kongsikan maklumat tersebut seperti di bawah.

http://www.moh.gov.my/moh/resources

Berbalik kepada isu penyebaran berita tidak sahih, perkara seperti inilah dalam diam mengundang kemurkaan Allah. Oleh itu, perbanyakkan doa kepada orang yang sakit kerana ia lebih mendatangkan manfaat. Perkara ini selari dengan artikel yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti iaitu seperti berikut :

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/3029-irsyad-al-hadith-siri-ke-334-malaikat-mengaminkan-doa-kepada-orang-sakit

Oleh itu,  semoga dengan sedikit perkongsian ini dapatlah kita bersama-sama mengamalkan kebersihan diri serta mengambil ibrah di atas setiap kejadian yang berlaku. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan menguji seseorang lebih daripada kemampuannya .

Sumber : google.com

Sekian coretan saya pada kali ini. Semoga panjang umur, insyaaAllah ketemu lagi.

 

 

 

One thought on “Covid19? Tanda Allah Murka???

  1. Wabak yang boleh membunuh beramai2 sudah lama tak berlaku, sehingga semua orang pun sudah lupa wujudnya penyakit begitu.
    Waktu Musa berunding dengan Faroh Egypt, Allah telah menyebabkan wabak merebak dan telah bunuh ramai kanak2 Egypt. Wabak itu berterusan sampai Faroh setuju lepaskan orang Yahudi.
    Begitu juga covid19. Ramai yang akan mati, sampailah masa manusia setuju lepaskan perbuatan dosa dan keji mereka.

Comments are closed.