MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANJURAN KKSPUTM

Sempena mengimarahkan bulan Ramadhan Al Mubarak 1444 Hijrah yang mulia dan penuh barakah, pihak Kelab Keluarga Staf Perpustakaan UTM (KKSPUTM) dengan kerjasama Jabatan Perpustakaan UTM pada 18 April 2023 telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 2023. Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan jayanya.

عن مكحول قال: كان أقوياء أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يقرءون القرآن في سبع، وبعضهم في شهر، وبعضهم في شهرين، وبعضهم في أكثر من ذلك.

Maksudnya: Daripada Makhul, katanya orang yang paling kuat di zaman Rasulullah SAW adalah yang khatam al-Quran dalam 7 hari, dan sebahagian mereka khatam dalam sebulan, dan sebahagian mereka khatam dalam 2 bulan, dan sebahagian mereka lebih dari itu.

Semoga dengan adanya majlis sebegini ukhwah ahli Kksputm JB akan terus kekal terjalin sehingga ke syurga Aaminn Ya Rabbal Alaminn..🤲🤲🤲