Archives for May 2023

SNIPPING TOOL SHORTCUT

Hai hari ini saya ingin buat satu perkongsian berhubung penggunaan Snipping Tool.

Saya yakin dan pasti masih ramai yang menggunakan teknik yang lama iaitu printscreen.

Disini saya akan tunjukkan cara-cara penggunaan Snipping Tool yang boleh di implimentasikan dalam rutin harian samada kerja, belajar dan lain-lain.

Cara Penggunaan Snipping Tool

  1. Taip Snipping Tool di Search

2. Window Snipping Tool akan dipaparkan dan klik new.

3. Buka gambar/article pilihan kemudian drag gambar tersebut.

Contoh Gambar Pilihan
Contoh Article Pilihan

4. Buka Aplikasi word, whatapps web atau apa-apa berkaitan kemudian ctrl+v.

Kemudian Dah siap haa mudah kan !

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat semua. Selamat mencuba 😉😉

MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANJURAN KKSPUTM

Sempena mengimarahkan bulan Ramadhan Al Mubarak 1444 Hijrah yang mulia dan penuh barakah, pihak Kelab Keluarga Staf Perpustakaan UTM (KKSPUTM) dengan kerjasama Jabatan Perpustakaan UTM pada 18 April 2023 telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 2023. Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan jayanya.

عن مكحول قال: كان أقوياء أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يقرءون القرآن في سبع، وبعضهم في شهر، وبعضهم في شهرين، وبعضهم في أكثر من ذلك.

Maksudnya: Daripada Makhul, katanya orang yang paling kuat di zaman Rasulullah SAW adalah yang khatam al-Quran dalam 7 hari, dan sebahagian mereka khatam dalam sebulan, dan sebahagian mereka khatam dalam 2 bulan, dan sebahagian mereka lebih dari itu.

Semoga dengan adanya majlis sebegini ukhwah ahli Kksputm JB akan terus kekal terjalin sehingga ke syurga Aaminn Ya Rabbal Alaminn..🤲🤲🤲