Deprecated: Optional parameter $data declared before required parameter $key_type is implicitly treated as a required parameter in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/PersonalPress/core/components/api/Service.php on line 516

Deprecated: Optional parameter $data declared before required parameter $key_type is implicitly treated as a required parameter in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/PersonalPress/core/components/api/Service.php on line 533
DR. OSH | Osman Ayop

DR. OSH

osmanayop_mask

Namaku Osman bin Ayop tapi ramai mengenali aku sebagai Osh atau Dr. Osh. Aku dilahirkan di Semerah, Batu Pahat Johor. Berdarah kacukan melayu-jawa sebelah ayah dan cina sebelah ibu. Aku difahamkan datuk moyang sebelah ayah aku ada juga berdarah kacukan.

Dari kecil aku seorang yang agak lasak. Suka berlari-lari, masuk sungai, parit, masuk hutan, panjat pokok dan banyak lagi lah aktiviti berbahaya yang aku buat masa zaman kanak-kanak. Kadang-kadang aku juga kemalangan kerana aktviti aku. Namun disebabkan aktiviti lasak tersebut aku mempunyai tubuh yang cergas dan kuat. Aku juga sering masuk sukan olahraga dan membawa pulang pelbagai pingat semasa sekolah. Aku aktif sehingga aku melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia Johor bahru.

Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Peserian (Darjah 1 – 6) pada tahun 1991-1996 kemudian menyambung pelajaran di sekolah Menengah Kebangsaan Semerah (Tingkatan 1 – 5) pada tahun 1997-2001, kedua-duanya di Batu Pahat Johor. Selepas mendapat keputusan yang cemerlang semasa SPM, aku berjaya melanjutkan pelajaran aku di Kolej Matrikulasi Melaka pada tahun 2002-2003. Dengan keputusan cemerlang di Matrikulasi, aku berjaya memohon pengajian dalam Ijazah Pertama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Telekomunikasi pada tahun 2003-2007. Kemudian, aku menyambung Ijazah sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik pada tahun 2007-2010. Pada tahun 2008, aku ditawarkan menjadi Tutor di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (FKE-UTM) dan bermulalah kehidupan baru aku sebagai bakal pendidik di sebuah institusi pengajian tinggi yang cukup tersohor ini. Selepas menamatkan pengajian Ijazah sarjana, aku mengambil peluang untuk mencari tajuk baru untuk penyelidikan Ijazah doktor Falsafah. Dengan tajuk Geran penyelidikan “Metamaterial Absorber for Electromagnetic Waves’s Absorption”, aku, melalui Profesor Dr Mohamad Kamal A. Rahim berjaya memenangi geran penyelidikan di bawah Exploratory Research Grant Scheme (ERGS). Bermulalah perjalanan PHD aku dibawah tajuk ini pada tahun 2011-2016.

Kini, aku telah memulakan kerjaya aku sebagai Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM berkelulusan PHD sejak April 2016. Pengalaman 8 tahun sebagai Tutor amat bermakna buat aku untuk terus mengorak langkah sebagai seorang Pensyarah yang cemerlang pada masa akan datang, Insya-Allah.

Sekian sahaja.