YBhg. Prof./Saudara,


Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2017 bersama YBhg. Datuk Naib Canselor yang akan diadakan pada 16 Januari 2017 (Isnin).

 

Dimaklumkan juga, sebarang permohonan slot perasmian, pelancaran atau sebagainya adalah ditangguhkan bagi majlis kali ini.
 
Perincian Majlis Amanat Tahun Baharu 2017 adalah seperti berikut:
Tarikh : 16 Januari 2017 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat :

i. Dewan Bankuet (lokasi majlis) & Dewan Senat, UTM Johor Bahru.
ii. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur  [LINTAS LANGSUNG]

Pakaian:
– Pakaian korporat.

Atur cara:
7.40 pagi : Staf mengambil tempat
8.00 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Pembentangan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor

: Slot / Penghargaan Khas (jika berkaitan)
: Penyampaian sijil kenaikan pangkat, dll (UTM JB & UTM KL)
: Lagu Keunggulan Terbilang
: Bersurai

Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.

Sekian dimaklumkan.​​​​

​​

Nota: Majlis Amanat Tahun Baharu 2017 bersama Naib Canselor ini terpaksa dipinda daripada tarikh asal, bagi memberikan laluan kepada Majlis Amanat Tahun Baharu oleh Menteri Pendidikan Tinggi yang dijadualkan pada 12 Januari 2017. Majlis ini turut akan ditayangkan menerusi lintas langsung ke UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur kelak.

Chat with us