Apa Khabar Semua!

Featured

Laman ini merupakan kombinasi beberapa kursus yang akan dipelajari di dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik dengan Kepujian. Kejuruteraan Geomatik merupakan bidang teknologi untuk mengukur, mengurus, mempersembahkan dan menganalisis data geospatial yang berkaitan dengan bumi. Data geospatial diperolehi dari pelbagai sumber termasuk pemerhatian satelit yang mengorbit bumi, sensor yang berada di udara, laut dan instrumen terestrial. Data-data ini diproses dan dimanipulasi menggunakan komputer dan perisian terkini. Juga termasuk dalam bidang geospatial ialah pemetaan komputer, penderiaan jauh untuk pemantauan alam sekitar dan kedudukan serta navigasi yang tepat menggunakan Sistem Posisi Global (GPS).

Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatic) di Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia adalah salah satu program tertua di Malaysia.

Sebelum tahun 1994 program ini dikenali sebagai Sarjana Muda Ukur (Tanah).

Program ini mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Lembaga Juruukur Tanah Semenanjung Malaysia dan juga dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.