PROGRAM PERKONGSIAN ILMU FALAK MEI 2015

Matahari Di Atas Kaabah (Transit)
Matahari Di Atas Kaabah (Transit)

Pada 28 Mei 2015 (Khamis) bertempat di Dewan Kuliah 1, C06 Fakulti Geoinformation & Harta Tanah UTM telah dilaksanakan program perkongsian ilmu falak kepada warga UTM. Penceramah jemputan adalah Tuan Hj Mohamad Saupi bin Che Awang dengan tajuk “Peristiwa Istiwa Azam: Kepentingannya dalam semakan arah Kiblat”.  Selain itu, praktikal Semakan Arah Kiblat Peristiwa Istiwa Azam turut dilaksanakan bertempat di Kawasan Halipad UTM oleh En. Azizan Ab Razak (Bahagian Teknologi Pendidikan, Johor) dan Sr Dr Othman Zainon UTM. Seramai 50 orang peserta telah hadir memeriahkan program yang julung kali diadakan ini. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan Astronomi & Falak, Jabatan Geoinformasi, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah.  Arah kiblat amat penting kepada aktiviti harian umat islam kerana bagi sesetengah ibadah, mengadap arah kiblat hukumnya ada yang wajid, sunat, makruf dan haram contohnya seperti mendirikan solat, meletak jenazah, menyempurnakan kedudukan jenazah dalam liang lahad dan sebagainya. Ramai dalam kalangan umat Islam yang tidak menegetahui cara sebenar dalam menentukan arah kiblat. Antara kaedah yang digunapakai adalah melalui pemerhatian pada antenna Astro yang kini menjadi trend masyarakat moden pada hari ini. Selain itu juga ada yang berpandangan matahari terbenam adalah arah kiblat. Oleh yang, program perkongsian ilm berkaitan dengan penetuan arah kiblat menggunakan kaedah matahari seperti kejadian Istiwa A’zam boleh menyelesaikan sedkit masalah kefahaman masyarakat setempatr. Peristiwa Istiwa’ Azam adalah fenomena yang berlaku di mana matahari berada tegak di atas Kaabah pada 28 Mei (5:16 petang) dan 16 Jun (5:28 petang) setiap tahun, membolehkan masyarakat islam dapat menyemak arah kiblat kediaman masing-masing dua kali setahun.

PENGISIAN PROGRAM

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti berikut:

Ceramah bertajuk Istiwa’ Azam : Kepentingannya dalam semakan arah kiblat. telah disampaikan oleh Tn Hj Mohamad Saupi Bin Che Awang, Pensyarah Kanan, FGHT UTM.

Ceramah ini berupa perkongsian ilmu berkaitan kepentingan matahari dalam kehidupan dan bagaimana peristiwa Istiwa’ Azam ini berlaku. Bagaimana fenomena ini boleh memberi keyakinan bahawa arah kiblat yang telah ditentukan adalah betul.

Seterusnya diadakan demonstrasi Semakan Arah Kiblat Istiwa’ Azam oleh En. Azizan Bin Abd. Razak, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Cawangan Johor.

Demonstrasi ini penting untuk memberi peluang kepada peserta mengetahui kaedah sebenar bagi menyemak arah kiblat menggunakan fenomena Istiwa Azam. Demonstrasi tidak dapat dijalankan kerana hujan pada pentang tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *