Assalammualaikum wrh. wbt. & Salam Sejahtera,


YBrs. Prof / Prof Madya / Dr. / Tuan / Puan,

Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QRiM) ingin menjemput YBrs. Prof / Prof Madya / Dr. / Tuan / Puan menghadiri Program Libatsama bersama MQA: Kelestarian Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Tinggi seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh :11 Mac 2021 (Khamis)
  • Masa : 9.00 pagi hingga 12 tengahari
  • Medium : Aplikasi Cisco Webex

2. Untuk makluman semua, program tersebut akan membincangkan perkara-perkara berikut iaitu: 

  • Aluan Pengarah UTM QRiM
  • Akta MQA
  • Isu-isu proses akreditasi tentang program akademik
  • Kepentingan dan batas status swa bagi pemberi pendidikan tinggi
  • Perkara-perkara yg perlu difahami bagi auditor dalam institusi
  • Sesi Soal Jawap

3. Sukacita juga dimaklumkan juga, pihak QRiM berbesar hati atas kesudian Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh bin Mohamed Sahari dan Puan Halinordina binti Mat Saat dari MQA atas kesudian memberi taklimat dan menjawap soalan-soalan yang akan dikemukakan pada program tersebut.

4. Kehadiran Ybrs. Prof / Prof Madya / Dr. / Tuan / Puan adalah diwajibkan dan kehadiran akan direkodkan dalam mata CPD UTMSMILE.

Diharapkankan kehadiran YBrs. Prof / Prof Madya / Dr. / Tuan / Puan dapat meningkatkan pengetahuan Panel Penilai Audit berkaitan isu semasa MQA.

Sekian terima kasih.