Mesyuarat Sekolah Pendidikan (SoE) 2022

Tarikh: 2 Oktober 2022
Hari: Ahad
Masa: 8:30 pagi – 10:00
Aktiviti:
1. Taklimat tentang perkembangan sekolah pendidkan dan apa yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Taklimat disampaikan oleh Pengerusi Sekolah Pendidikan, Prof. Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah.

Khusyuk kan… hihihihi….
Pengerusi Sekolah Pendidikan, Prof. Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah

2. Sesi permainan bersama rakan pensyarah. Part ini lah yang paling menyeronokkan. Lupa semua masalah. Yang paling penting dapat bekerjasama dengan pensyarah lain yang jarang-jarang boleh jumpa bersemuka.

3. Seterusnya dalam mesyuarat hari ini juga, Pengerusi SoE memperkenalkan 3 orang pensyarah baharu. Semuanya lelaki, masih muda bertenaga dan penuh dengan idea-idea hebat. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang. maklumat boleh dibaca pada setiap gambar yang disertakan di bawah ini.

Dr. Mohd. Fahmi Bin Adnan, Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan Pendidikan. Beliau sebelum ini merupakan pensyarah Kolej Vokasional Kota Tinggi.
Dr. Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid. Jabatan Sains, Matematik dan Pendidikan Multimedia Kreatif. Beliau sebelum ini merupakan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)
Dr. Mohamad Ikram Bin Zakaria, Jabatan Jabatan Sains, Matematik dan Pendidikan Multimedia Kreatif. Beliau sebelum ini merupakan seorang guru matematik di SK Gombak Utara, Selangor.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.