SERVICE LEARNING

Projek 1: Gerbang Inovasi
Tarikh: 15 Jun 2022
Tempat: SMK Taman Universiti, Johor Bahru
Ringkasan projek: Program Service Learning ‘Program Gerbang Inovasi’ merupakan program untuk mendidik serta memberi peluang kepada pelajar SMK Taman Universiti untuk berkongsi ilmu mengenai kepentingan membina imej peribadi pelajar mempunyai keyakinan diri dan lebih cemerlang dalam pembelajaran. Personaliti mereka terarah kepada menjadi pelajar yang berdisiplin dan mengikut peraturan sekolah.. Tujuan aktiviti “imaginary town” dipilih sebagai fokus utama untuk menguji tahap kreatif dan inovatif pelajar. Meningkatkan semangat inovasi dalam kalangan pelajar, Membina kemahiran berfikiran logik, menyelesaikan masalah secara kreatif, mengambil risiko secara bijak dan juga berkomunikasi, Merangsang minda untuk lebih berjaya dan bermotivasi

Projek 2: RoboThink (RBT) Day
Tarikh: 19 Mei 2022
Tempat: SMK Kangkar Pulai, Johor Bahru
Ringkasan projek: Program ini dianjurkan oleh 10 orang pelajar 4 SPPJ yang mengambil kursus Sosiologi Pendidikan (SPPP4062-02) bagi menjalankan program service learning di SMK Kangkar Pulai. Program ini akan disertai oleh 30 orang pelajar SMK Kangkar Pulai yang
mempelajari subjek Rekabentuk & Teknologi (RBT), 10 orang pelajar 4 SPPJ dan seorang pensyarah yang mengajar kursus ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah tentang halatuju mereka jika berminat untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang ini. Selain itu, kami juga ingin menunjukkan beberapa peralatan robotik kepada pelajar agar mereka lebih berminat untuk mempelajari subjek ini. Justeru, kami berharap agar kertas kerja ini mendapat kelulusan supaya kami dapat menjayakan aktiviti ini di SMK Kangkar Pulai.

Projek 3: Crash Course: Design Thinking
Tarikh: 12 Jun 2022
Tempat: Kolej Vokasional Tanjung Puteri
Ringkasan projek: Program yang akan dijalankan merupakan projek service learning daripada kumpulan pelajar Tahun 4 SPPJ bagikursus SPPP4062 Sosiologi Pendidikan. Matlamat program ini adalah  untuk meningkatkan pengetahuan pelajar DVM Semester 2 KV Tanjung Puteri dalam Design Thinking. Design Thinking amat penting dan akan membantu pelajar dalam perkembangan idea. Setelah mempelajari Design Thinking, pelajar boleh mempraktikkan kemahiran Design Thinking ini dalam Final Year Project (FYP) mereka pada semester akan datang.

Projek 4: Capable and Reliable Entreprenuer (CARE)
Tarikh: 30 Mei 2022 – 23 Jun 2022
Tempat: SK Pendidikan Khas, Johor Bahru
Ringkasan projek: Projek ini memberi pendedahan kepada murid-murid SK Pendidikan Khas, Johor Bahru berkaitan penanaman sawai bermula daripada penyemai biji benih hingga kepada penunaian hasil tanaman. Mereka juga diberi pendedahan berkaitan ilmu keusahawanan dengan menjual hasil tanaman sawi tersebut kepada guru-guru di sekolah. Dengan projek ini, mereka telah mendapat beberapa kemahiran hidup supaya lebih berdikari untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-5.jpeg

Projek 5: Petanque Court for Students with Special Needs
Tarikh: 8 Disember 2022 – 12 Januari 2023
Tempat: SMK Datp’ Abdul Rahman Yassin, Johor Bahru
Ringkasan projek: The goal of this program is to increase students’ knowledge of Pétanque Court construction by upgrading the quality of its construction and transferring knowledge of playing Pétanque games for special needs students. The upgrading of the Pétanque Court at SMK Dato Abdul Rahman Yassin can facilitate the Pétanque training process for students. After learning the knowledge of playing the ‘Pétanque’ games, it is hoped that the students will be able to practice that skill for other sports facilities in the future. This Pétanque game can be used as a recreational activity and it can certainly bring out the hidden talent in students with special needs.

Dr kiri: Dr Siti Nisrin (team teaching), aku, Pengetua SMK dan Prof Dr Lokman Mohd Tahir
Bersama pelajar-pelajar dari Tanah Besar China