New Academia Learning Innovation (NALI) 2022

Pengalaman pertamaku menyertai pertandingan NALI (New Academia Learning Innovation) 2022 di UTM. Aku tidak keseorangan. Sebagai pensyarah baharu, aku dibimbing oleh dua orang pensyarah senior di Sekolah Pendidikan, UTM iaitu Prof Madya Dr Zainudin Hassan dan Dr Mohd. Rustam Bin Mohd Rameli. Pengalaman memasuki pertandingan ini bermula daripada perbincangan tentang inovasi apa yang ingin dikongsikan, penulisan, rakaman video dan penghasilan poster begitu menarik dan memperkenalkan kepada saya tentang NALI yang pada asalnya begitu asing bagi saya.

Tajuk inovasi kami ialah “Using of Service-Learning Reflection Form (SLReF) in Exploring Students Engagement in Green School E-Service Learning Program”. Maklumat lanjut tentang kajian ini adalah seperti yang tertera dalam poster di bawah ini.

Dalam pertandingan ini juga akan bertemu dengan seorang rakan guru yang pernah aku bimbing dalam penulisan proposal untuk permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBPDB) a.k.a Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Nama beliau Cikgu Norazimah Allawaddin dari SK Bukit Lintang, Kota Tinggi. Menariknya beliau juga menyertai Pertandingan NALI 2022 ini dengan inovasi bertajuk “Tetingkap MOKK”. MOKK itu akronim bagi “Masuk Oksigen Keluar Karbondioksida”. Inovasi ini berkenaan sistem peredaran darah manusia. Inovasi yang sangat baik dan saya terus dapat ingat darah mana yang ada oksigen dan darah mana yang ada karbondioksida. Gambar kenangan bersama beliau dan juga inovasi adalah seperti di bawah ini.

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Keputusan bagi NALI2022!!!!!!! Alhamdullillah rezeki Allah, kumpulan kami (SLReF) telah berjaya mendapat pingat Gangsa. Ini pengalaman berharga buat diri aku. Insha Allah tahun depan aku akan masuk lagi dan akan buat lebih baik daripada tahun ini.

Dan….. yang membanggakan ialah inovasi sahabat saya Cikgu Norazimah berjaya mengondol Pingat Emas… tahniah Cikgu!!!!!!!!! Semangat dan kejayaan cikgu jadi inspirasi buat saya…

Secara keseluruhannya saya dapati NALI merupakan satu platform yang sangat baik kepada semua para pendidik untuk berkongsi hasil kerja mereka atau apa inovasi terbaik yang mereka ada dan pernah praktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kelas. Sampai jumpa lagi pada tahun hadapan… Bye….

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.