Pada 17/09/2022, buat pertama kali aku berjaya ke PB, Gunung lambak (GL). Satu mercu tanda di GL yang jarang-jarang orang pergi. Mungkin sebab jauh kut… Nak pergi sini paling kurang pergi saja 2 jam… Balik 2 jam juga… so semua 4 jam. Tapi percayalah ia pengalaman yang betul-betul indah. Besar sungguh pokok tu sesuai dengan namanya. Dan yg paling best di hanya 5 minit perjalanan dari PB ada air terjun yang begitu bersih airnya… jernih dan segarrrr… Start dari hari tu aku klu Sabtu memang akan sampai ke PB ini.. Bertolak dari Simpang Renggam, paling lewat 10 pagi… dan kebiasaannya sampai ke PB memang dah masuk Zohor. Aku solat jer kat tepi air terjun tu… Ada kawasan lapang dan bentang saja pelapik kalis air dan pasir (beli masa pergi Pulau Rawa, Mersing).
Siapa nak pergi PB ni jommm roger2 saya… Bye…
Recent Posts
- SELAMAT MENJALANI POST DOC DR LEE SHIH HUI
- PENCERAMAH PROGRAM YES! ROCK THE SCHOOL MEGA EDITION JOHOR BY TALENTCORP
- Meraikan Kejayaan Pengesahan dalam Perkhidmatan
- The 2nd. International Action Research Competition (i-ARC) 22023
- Jawatan Kosong Sebagai Graduate Research Assistant (GRA) bagi FRGS 1/2023
Recent Comments