STEMarvel: Engaging STEM in marvellous way

Alhamdullillah sekali lagi aku diamanah sebagai Ketua Floor Manager untuk STEMarvel. Di bawah unit ini aku dibantu dan disokong dengan begitu baik oleh Dr. Kew Sina, Dr. Lee Shih Hui dan Dr. Mohamad Ikram. Mereka sangat-sangat superb… komited melaksanakan tugas.. Biar pun tugas mencabar bagi memastikan pergerakan dan perjalanan STEMarvel ini berjalan lancar, namun berkat kerjasama yang begitu baik, segala tugasa yang berat akan menjadi ringan. Terima kasih semua…

Berikut ialah maklumat ringkas tentang STEMarvel

Nama Program: STEMarvel
Tempat: SMK Seri Pulai Perdana (SMKSPP)
Tarikh: 24 September 2022
Hari: Sabtu?

Sedikit pengalaman manis ingin saya kongsikan berkenaan penganjuran program ini. Pada asalnya, jumlah daerah di Johor dan juga sekolah yang mendaftar untuk menyertainya agak kurang memberangsangkan. Maka, saya dihubungi oleh Prof madya Dr. Norhazni untuk membantu mempromosikan dan menggalakkan sekolah untuk masuk. Untuk makluman semua, saya sebelum ini ialah seorang guru dan juga Pegawai SISC+ (Matematik) di daerah Kluang. Maka dengan pengalaman dan sedikit pengaruh yang ada, maka saya giat mempromosikan program STEMarvel ini. Asalnya daerah Kluang satu sekolah pun tak sertai. Alhamdullillah, dipendekkan cerita berkat kesungguhan dan dengan izin Allah, begitu banyak sekolah sertai. Kluang penuh, pontian penuh, Mersing juga.. dan dengan banyaknya penyertaan ini maka Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah bersetuju untuk memberikan sijil peringkat negeri kepada pada para peserta. Pencapaian yang begitu membanggakan.

Kenangan manis penganjuran STEMarvel ini terpancar dalam beberapa koleksi gambar di bawah ini…

Poster yang menarik dan ceria…..
Antara sekolah yang menyertai…
Unit saya (Floor Manager) bersama dengan sukarelawan sekolah (pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMKSPP). Dari kanan, Dr Kew Si Na, Dr Lee Shih Hui dan pelajar
Dr Mohamad Ikram (memakai jam warna warni) sedang memberi arahan kepada sukarelawan (pelajar) yang membantu unit floor manager. Tq semua?
Dunia begitu kecil… tak sangka berjumpa dengan sahabat yang dah berbelas tahun tak jumpa. Cikgu Mohd Zamri yang sekarang berkhidmat di SMKSPP. Saya kenal beliau dari tahun 2002 (wow genap 20 tahun) semasa kami sama-sama berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (ITPYPJ)
Apa yang lebih menarik ialah Cg Zamri ini guru kepada Dr Kew Si Na semasa beliau belajar di SMK Kangkar Pulai. Betul-betul kecil dunia ni kan…?
Satu booth disediakan bagi mempromosikan program pengajian di peringkat sarjana di Sekolah Pendidikan UTM.
Saya ditugaskan untuk membahagikan peserta mengikut jenis pertandingan yang disediakan. Masa ini rasa terubat kerinduan pada murid-murid dan hiruk pikuk sekolah…?
Ramaiii kannn…. terima kasih atas segala sokongan yang dberi.. tanpa murid-murid ini apalah gunanya STEMarvel ini… mereka ini sebenarnya kekuatan kami para pensyarah untuk meralisasikan STEMarvel ini biarpun pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi…
tekun mendengar arahan…
Wajah ceria para peserta….
Wakil Kluang… terbaik…

Jumpa lagi tahun hadapan….?

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.