Study Tour and Visit University (STVU) Universitas Teknologi Sumbawa (UTS) ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Tarikh: 29 September 2022
Hari: Khamis
Masa: 10:00 pagi hingga 12:30 tengahari

Info: Lawatan daripada 38 orang delegasi dari UTS yang terdiri daripada 2 orang staf dan 36 orang pelajar sarjana 2 (S2). Di Malaysia, S@ lebih dikenali sebagai pengajian peringkat sarjana (Master). Rombongan ini diketuai oleh Dr. Ahmad Yamin, Pengarah Graduate School Innovation Management (GSIM). Turut hadir ialah Dr. Umar, Setiausaha STVU.

Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dunia akademia antara UTS dan FSSH, UTM. Pelbagai bentuk kerjasama dibincangkan dan moga semuanya menjadi kenyataan dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Lawatan ini juga disi dengan dua kuliah umum yang disampaikan oleh Dr. Umar (UTS) dan Prof. Madya Dr Zainudin Hassan (UTM). Tajuk kuliah umum mereka ialah Multi-Modal Management in Preserving Local Culture and Language in the Digital Era dan Trends and Issues of Education in Digital Era.

Dalam program ini saya telah diamanahkan untuk menjadi Pengacara Majlis yang konsepnya santai dan tak terlalu formal. Itu pesanan daripada Prof. Madya Dr. Noraffandy Yahya. Maka, sy ambil peluang ini. Saya ingin kutip pengalaman ini semua. Insha Allah proses menimba pengalaman ini akan menajdikan saya lebih dewasa dan peluang juga untuk saya sebagai pensyarah baharu (yang tak berapa muda ini) untuk membina link (rapport) dengan universiti luar. Terima kasih FSSH kerana beri peluang kepada saya.

Ucapan alu-aluan selamat datang dan penerangan ringkas tentang FSSH, UTM daripada Prof Madya Dr. Noraffandy Yahya, Penolong Dekan ( Hubungan Luar & Global)
Kuliah umum oleh Prof. Madya Dr. Zainudin Hassan.
Saya selaku Pengacara Majlis
Ucapan Alu-aluan oleh Dr. Ahmad Yamin selaku Pengarah Graduate School Innovation Management (GSIM), UTS merangkap ketua rombongan
Pelajar-pelajar Sekolah Pascasarjana Program Studi Magister Manajemen Inovasi, UTS
Pelajar-pelajar Sekolah Pascasarjana Program Studi Magister Manajemen Inovasi, UTS
Seisi soal jawab dan pertukaran pandangan/idea oleh para pelajar
Seisi soal jawab dan pertukaran pandangan/idea oleh para pelajar
Pertukaran cenderahati antara UTS dan UTM
Pertukaran cenderahati antara UTS dan UTM
Wakil pelajar UTS menerima sijil penghargaan daripada UTM

Moga ukhuwah yang dibina antara UTS dan UTM terus kukuh dan memberi manfaat buat kedua-dua belah pihak. Sampai jumpa lagi. Wassalam…?

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.