FOTO KENANGAN TERINDAH: Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2024

Tarikh tempah: 5 Oktober 2024
Tarikh terima: 25 Februari 2025
Tempoh: 144 hari – get ready untuk tunggu agak lama ya….

Cara untuk mohon: Pada setiap bulan Oktober, rajin-rajin diri menjenguk facebook Jabatan Pendaftaran Negara (https://www.facebook.com/jpnhqofficial). Nanti akan diberikan google form (GF) untuk diisi.. Buat bayaran dahulu.. dan bukti pembayaran tersebut perlu dimuat naik dalam GF tersebut… lepas tu send…

Gambar pertama tu masa usia 12 tahun… Darjah 6 di SK Simpang Renggam, Johor
Gambar kedua tu memang betul-betul lupa…. rasanya sekitar hujung 20 an dan awal 30 an….
Gambar ketiga tu rasa ya sekitar tahun 2002 hingga 2004… Masa tu bertugas sebagai pegawai akademik dan pensyarah di Institut Teknologi Perindustrian (ITP), Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)… Ada kenangan istimewa sedikit dengan gambar ketiga tu… Saya sebenarnya dibawa oleh Pengarah ITPYPJ ketika itu iaitu Prof. Dr. Hj Naseri untuk temani beliau ke Wisma Persekutuan Johor Bahru untuk buat IC. Sampai di sana, saya berpeluang mendapat layanan VIP. Saya terus masuk bilik khas… yang luas, selesa dan ada pendingin hawa… takde beratur2 panjang… sekejap proses semua… Saya pun rasa pelik.. tanya dengan beliau… Selesa giler dan cepat proses tempat ni… Dia maklumkan ini khusus untuk VIP… hihhi… so sebagai rakyat marhaen, berasa juga saya layanan VIP… rezeki…

Selain frame gambar, saya juga diberi beg cenderahati daripada JPN…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.