EDUCATIONAL PSYCHOLOGY COLLOQUIUM-SERIES 1

Julung kalinya Panel Psikologi Pendidikan telah mengadakan PROGRAM COLLOQUIUM pada semester ini sebagai platform perkongsian pengetahuan dan kemahiran berkenaan pelaksanaan kajian penyelidikan antara pensyarah dan pelajar serta meningkatkan kesediaan pelajar dalam proses penulisan penyelidikan

Program ini telah berlangsung di Bilik Student Centered Learning (SCL), Fakulti Pendidikan, UTM Johor Bahru yang melibatkan seramai 23 orang pelajar Master dan PhD.

Slot kolokium kali ini melibatkan perkongsian berkenaan

KEMBARA SEORANG PASCASISWAZAH (Dr. Mohd Rustam Mohd Rameli)  serta SESI PERKONGSIAN PENYELIDIKAN PELAJAR bertajuk MODEL KESEDIAAN BEKERJA (Pn. Norazwa)

Pada kolokium kali ini juga, semua peserta dikehendaki mengemukakan soalan-soalan semasa Slot  oleh pelajar.

Sungguh Aktif!!! Tahniah dan Terima Kasih Semua!!!