Since sekarang ni tgh hot 2 ketul nombor ni kan…but this post will not related pon dgn makhluk 2 ketul tu. Huhu…

2018 

Ni tahun paling “hitam” dalam sejarah sejak sistur bekerja kat sini. Kalau nak cerita memang takkan habis. Seumur hidup memang tak pernah la jumpa manusia perangai aneh macam tu. Anjing dan babi pon rasanya lebih tinggi darjat dari si “dia” ni. Maruah seperti dipijak-pijak. Orang keliling ntah apa lagi. Mungkin masa tu mereka pandang sis ni “terukkk”. Down jangan cakap la. Paling sakit bila kawan kita sendiri mempersoalkan cerita yang dijaja oleh “dia”. Terfikir gak masa tu nak berhenti kerja or pindah tempat lain. Tapi banyak yang perlu dikorbankan pula nanti hanya kerana “dia”. Dan kalau sis blah masa tu mungkin gak orang keliling akan kata mmg sis salah. So, hadap jugakla sepanjang tahun “ngeri” tu.

2019

Rentetan kisah 2018 tu, makin lama makin ramai yang buka mata. Alhamdulillah…sebahagian doa Allah makbulkan. Seseorang pernah menasihatkan supaya sis pegi mintak maaf kat “dia”. Maaflah…TIADA MAAF BAGIMU! Dia tua ka, muda ka, sakit ka atau waras mental fizikal memang tak la sis nak ngadap dia. Dan klimaksnya bila semua dapat merasa “kegilaan” dia tu. Jadi, jangan pandang remeh pada sesuatu yang kadangkala kita nampak kecil. Sesungguhnya api yang kecil itu boleh membinasakan pada akhirnya. Renung-renungkan. Hehe…

Apapun 2020 onwards ni takde lagilah cerita sedih dan duka. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti? Siapa tahu kan???