Adalah dimaklumkan bahawa bermula tahun 2021, PSM akan mengeluarkan panduan merekod kehadiran untuk semua staf FS mengikut peraturan dan pelaksanaan universiti. Sehubungan itu, staf adalah diwajibkan menyemak kesalahan kehadiran masing-masing setiap minggu dan setiap bulan bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap rekod kesalahan tersebut.

Sehubungan itu, dikemukakan sedikit panduan bagi memulakan pelaksanaan ini:

A. Kesalahan Datang Lewat Tanpa Alasan (DLTA)
B. Kesalahan Datang Tidak Slide (DTS)
C. Balik Tidak Slide (BTS)
D. Balik Awal Tanpa Alasan (BATA)

Tindakan :
1. Mengemaskini DLTA, DTS, BTS dan BATA di dalam sistem SMIS.
2. Login Sistem SMIS > Klik Perakam Waktu > Klik Borang Penjelasan Hadir Lewat > Berikan Alasan dan Kemukakan Kepada Penyelia
3. Reminder kepada penyelia untuk menyemak alasan kesalahan kehadiran yang dikemukakan
4. Pastikan rekod kelulusan diberikan oleh penyelia pada setiap minggu.
5. Mengemaskini rekod kesalahan kehadiran setiap minggu.

E. Kesalahan Tidak Hadir

Tindakan:
1. Mengisi borang penjelasan tidak hadir
2. Kemukakan kepada penyelia setiap bulan mengikut bulan semasa kesalahan yang dibuat
3. Borang yang telah disemak dan dikeri kelulusan oleh penyelia perlu dikemukakan kepada PSM bagi tujuan rekod
4. Pengemaskinian perlu dibuat setiap bulan

Tidak Mengemaskini Rekod Kesalahan Kehadiran Pada Tempoh Yang Ditetapkan

PSM tidak akan mengemaskini mana-mana kesalahan kehadiran yang lewat dikemukakan. Segala kesalahan kehadiran selain rekod tidak hadir perlu diselesaikan di dalam Sistem SMIS. Tiada borang manual yang diterima selain kesalahan rekod tidak hadir.

Mohon agar semua staf mengambil tindakan sewajarnya terhadap urusan ini bagi memastikan rekod kehadiran anda teratur serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh universiti.

Sekian, harap maklum.

PSM FS