Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Yg. Bhg. Prof./ Dr./ Saudara,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil 26/2020 bertarikh 11 November 2020 telah meluluskan Polisi Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Versi 2/2020 dan berkuatkuasa bermula pada 1 September 2020
2. Polisi ini perlu dipatuhi, diedarkan dan disediakan kepada semua pekerja, pelajar dan pihak berkepentingan.Ia hendaklah dipamerkan dalam dua (2) bahasa di sudut Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE) di semua Pusat Tanggungjawab Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pagoh
3. Bersama – sama ini disertakan dua (2) lampiran Polisi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Versi 2/2020 di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Maklumat lanjut berhubung polisi ini boleh dimuat turun melalui pautan :
4. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang efektif dan berkesan.
Sekian, terima kasih.
RAJA NURDAHLIANA BINTI RAJA DAHLAND
Pembantu Setiausaha Pejabat
Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Universiti Teknologi Malaysia
81310, UTM Johor Bahru,
Johor, Malaysia
Recent Comments