Tak semua apa yang kita inginkan dalam hidup ni kita akan dapat. Ada masa kita perlu terima hakikat apa yang kita idam-idamkan itu bukanlah milik kita. Boleh jadi apa yang kita tidak suka itulah yang lebih baik untuk kita dan sebaliknya. Bila akal dan hati mula tidak seiringan, kembalilah kepada tuhan. Mengadulah dengan Nya. Hanya Dia yang tahu dan faham apa sebenarnya yang kita mahukan. Kita merancang dengan cita-cita, sedangkan Dia merancang dengan cinta. Janganlah kerana kita gagal memiliki apa yang kita mahukan, kita menyakiti hati insan sekeliling kita. Terimalah kekurangan orang lain sepertimana orang lain menerima kekurangan kita. Selagi mana kita menjadi seorang yang “selfish”, selama itulah kita akan terkurung dalam sangkar ciptaan sendiri.
Recent Comments