Hidup sentiasa menjanjikan sesuatu di luar jangkaan. Yang pasti hidup sentiasa berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran yang bukan sedikit. Cabaran itulah yang adakalanya membuat kita lemah dan tersungkur.

Allah SWT telah berfirman “Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu “ (Surah Al –Baqarah, ayat 216) .

Itulah kehidupan. Kita jangan paksa Allah bagi jugak-jugak apa yg kita nak, bimbang-bimbang Allah bagi nanti kita tak mampu nak bawak. Semua yang Allah sedang aturkan untuk kita disaat ni adalah yang terbaik untuk kita.

Belum bertemu jodoh? Boleh jadi Allah nak selamatkan kita dari jadi isteri durhaka.

Belum punya anak? Boleh jadi Allah nak selamatkan kita dari jadi mak ayah yg durhaka.

Jalan nak bahagia bukan dengan suami dan anak semata2, banyak lagi yang Tuhan sediakan. Cuma kena bukak mata, besarkan jiwa, bisik pada hati “InsyaAllah Allah tak pernah tinggalkan aku macam tu saja”

Semua yang Tuhan beri ini kadang tak nampak baik dimata kita tapi disuatu masa baru kita akan sedar kenapa takdir kita jadi sedemikian rupa.

Copy & Paste