Sepanjang tahun 2020 ni banyak perkara baru yang aku perlu hadap dan adapt. Berkecamuk jugak la sebab semua nk kene faham dalam satu masa. Salah satunya pembikinan website. Oh My!!! Sepanjang 12 tahun kerja memang tak pernah pon sentuh hal-hal website. Bantu-bantu tu adalah juga.

Tapi sekarang aku kena uruskan sendiri website. Apapun ianya sesuatu yang menarik. Aku memang suka benda-benda grafik ni cuma kekangan-kekangan lain tu kadang buat selera mati. Yelah, grafik dan design ni perlukan fokus dan ketenangan.

Since dapat peluang WFH ni, aku pon mulalah mencari-cari bahan yang sesuai untuk penyediaan slide taklimat keselamatan OSHE CSNANO. Kalau ikutkan boss dia nk aku buat presentation mcm dalam kelas tu. Tapi aku ni x berapa suka nak bercakap dan suara pon tak komersial tongue-out.

Jadi aku decide la nak buat slide presentation tapi nak yang catchy, interaktif dan menarik untuk ditonton. SebelumĀ  ni aku try guna Powtoon, tapi mcm ada banyak limitation di situ. Akhirnya back to basiclah. Guna power point. Rupanya macam-macam powerpoint bleh buat. Aku je yang tak tau yell.

Hasil tilikan di youtube, aku dah kumpul beberapa tutorial dan dan cuba. Menjadi! Pasni aku nk guna power point jelah. Walaupun WFH ni mencabar dengan keadaan sekeliling, boleh je buat. Taula nak adjust time cemana.

WFH ni ada je keje boleh buat tau. Bukan TIDO je. tongue-outtongue-outtongue-out