Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) melalui Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS) dengan hormatnya ingin menjemput para pentadbir di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menyumbang artikel penulisan yang akan diterbitkan dalam betuk bab buku yang bertema “Merekayasa Pentadbir Gemilang Dalam Mendepani Revolusi 4.0”

 
Tarikh penghantaran hasil penyertaan telah dilanjutkan sehingga 22 Disember 2019

Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan Sokongan Universiti Awam (UA) di Malaysia. Gabungan dengan staf Akademik juga adalah digalakkan. Sila rujuk Garis Panduan Penyediaan Artikel di bawah:
 
1) Hanya penulisan yang belum pernah diterbitkan pada mana-mana platform penerbitan adalah layak dipertimbangkan 
2) Penulisan boleh dihantar dalam bentuk hasil penyelidikan, konseptual, pemerhatian, pensejarahan, dokumentasi semasa, kajian literatur, komentar atau pandangan dan cadangan
2) Penulisan boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan perlu mempunyai rujukan gaya APA (American Psychology Association).
3) Format penulisan ialah Font Arial, saiz 11 dengan 1.5 spacing dan antara 8-10 muka surat atau 2000-3000 patah perkataan sahaja
5) Semua artikel yang terpilih akan melalui proses penilaian oleh Panel Penilai yang akan dikenalpasti oleh MASTI
 
Staf yang berminat bolehlah memanjangkan terus hasil penulisan kepada Dr. Ruziah Binti Ali merujuk ke alamat di bawah:
Emel: ruziah@utem.edu.my (c.c.:azlinjamil@utm.my)
No. Tel.: 06-2701081 / 012-6316152
Alamat: Pejabat Ketua Pegawai Maklumat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Hang Tuah Jaya, 76100, Durian Tunggal, Melak