Adalah dimaklumkan bahawa pihak pentadbiran fakulti telah membenarkan saudara bekerja dari rumah (WFH) selama 5 hari bermula 18 Oktober 2020 hingga 22 Oktober 2020.

Saudara adalah diminta untuk melengkapkan borang permohonan bekerja dari rumah seperti dilampiran dan kembalikan kepada PSM setelah mendapatkan tandatangan pelulus.

Sehubungan itu, saudara adalah tertakluk di bawah peraturan bekerja dari rumah dan diharapkan saudara dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin dengan amanah dan berintegriti sepanjang berada di rumah. Amalkan SOP dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak Covid-19.