Universiti Teknologi Malaysia sentiasa menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat serta menjaga kebajikan untuk seluruh staf, pelajar dan orang awam selaras dengan Polisi Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan UTM. Seperti yang semua pihak telah maklum, Audit Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 2020 telah ditangguhkan atas sebab COVID-19. Walau bagaimanapun, seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Induk, Bil 03/2020 pada 14 September 2020, semua PTJ diminta melaksanakan Pemeriksaan & Pemantauan Keselamatan Tempat Kerja (Workplace Inspection) sebelum 30 Nov 2020. Pihak PTJ boleh merujuk kepada Senarai Semak Audit AKKP dan Nota Panduan AKKP seperti yang dilampirkan.

Pejabat OSHE akan melakukan pemantauan secara berterusan dari semasa ke semasa terhadap pelaksanaan Pemeriksaan & Pemantauan Keselamatan Tempat Kerja (Workplace Inspection) dengan mengambil perhatian terutama terhadap perkara-perkara berikut:

Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control – HIRARC), Prosedur Kerja Selamat (Safe Operating Procedure – SOP), Pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) dan Undang-Undang lain yang berkaitan.

Secara khusus, bermula 1 Disember 2020, Pejabat OSHE akan melakukan pemantauan ke atas PTJ untuk memastikan pelaksanaan Workplace Inspection ini.

Bersama – sama ini dikemukakan notis pemberitahuan daripada Pejabat OSHE berkaitan Pemeriksaan dan Pemantauan Keselamatan Tempat Kerja, senarai edaran, notis panduan AKKP, dan senarai semak Audit AKKP untuk makluman  kepada semua Ketua PTJ.