Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Sains akan mengadakan sesi bergambar bagi setiap staf Fakulti Sains bagi tujuan persediaan sistem Face Recognition. Fakulti juga akan mengambil gambar formal staf untuk tujuan rasmi.

Sehubungan itu, sesi bergambar ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Sesi Pertama
Tarikh : 15 Oktober 2020 (Khamis)
Masa : 9 pagi hingga 3.30 petang (Rehat 1ptg hingga 2.30ptg)
Tempat : Dewan Seminar Al-Dinawari T02
Jabatan yang terlibat :
1. Pejabat Pentadbiran T02, T05 dan COE
2. Jabatan Biosains

Sesi Kedua
Tarikh : 18 Oktober 2020 (Ahad)
Masa : 9 pagi hingga 5.00 petang (Rehat 1ptg hingga 2.30ptg)
Tempat : Dewan Kuliah 1 (DK1) C17
Jabatan yang terlibat :
1. Jabatan Kimia
2. Jabatan Fizik
3. Jabatan Sains Matematik
4. Pejabat Pentadbiran

Butiran Pakaian
Lelaki : Blazer Gelap, Kemeja Putih & Tie Maroon
Wanita : Blazer Gelap & Tudung Maroon
(Pihak urusetia tidak menyediakan blazer. Mohon usahakan bagi yang tiada blazer)

Sehubungan itu, pihak Fakulti memohon kerjasama semua staf agar dapat membuat persediaan dan hadir ke sesi bergambar ini lebih awal bagi melancarkan urusan.