Soalan Lazim pelaksanaan arahan PKPB baharu (7 Disember 2020 – 20 Disember 2020):
1. Staf akademik: Bagi melancarkan proses Pembelajaran dan Pengajaran atas talian yang masih terlaksana, staf akademik diberi pilihan untuk bekerja dari rumah (WFH) atau pejabat, yang mana lebih kondusif. Staf akademik yang berkeperluan untuk WFH perlulah memohon mengikut panduan sebagaimana hebahan terkini. Staf akademik yang bekerja di pejabat haruslah mematuhi SOP PKPB sepenuhnya.
2. Staf yang berada di mukim zon merah: Staf yang berada di mukim zon merah perlu memaklumkan kepada ketua jabatan perkara tersebut. Staf dinasihati untuk bekerja dari rumah dan merujuk panduan KKM.
3. Kesediaan bekerja di pejabat semula: Universiti ambil maklum antaranya, akan kesediaan taska/pusat asuhan dibuka semula, maka pelaksanaan PKPB ini boleh dilaksanakan secara berperingkat oleh setiap PTJ. Ketua PTJ perlu memastikan hanya mereka yang mempunyai alasan yang munasabah dibenarkan bekerja dari rumah. Semua staf perlulah segera mencari penyelesaian untuk memenuhi tanggungjawab di pejabat.
4. Pematuhan SOP di tempat kerja: Ketua PTJ perlulah memastikan SOP PKPB dilaksanakan sepenuhnya oleh semua staf ditempat kerja. Unit OSHE PTJ perlu digerakkan untuk memastikan pematuhan SOP.
5. Peratusan WFH: Peratusan 25% maksimum WFH merupakan wajaran yang diberikan pengurusan universiti bagi pelaksanaan PKPB. Ketua PTJ dibenarkan melaraskan peratusan tersebut berdasarkan keperluan semasa. Sila maklumkan kepada Jabatan Pendaftar jika peratusan WFH melebihi 25% yang telah ditetapkan.
6. Pemakluman berkala: Sebarang perubahan tertakluk kepada pemakluman berkala dan SOP terkini daripada JPT, MKN dan KKM.
Semoga kita dapat memenuhi tanggungjawab dan berjaya membendung dan dilindungi dari wabak COVID19.
Sekian, sila ambil maklum.
PEJABAT HAL EHWAL KORPORAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
7 DISEMBER 2020
Recent Comments