Select Page

BioNanosem 2021 telah diadakan pada 3 Ogos 2021 secara atas talian. Program ini merupakan anjuran kali ke-2 oleh Centre for Sustainable Nanomaterials (CSNano) dengan kerjasama Kumpulan Penyelidikan Green Chemistry, UTM dan Kumpulan Penyelidikan Ceramic and Amorphous, UTHM. BioNanoSem kali ini telah disertai oleh 6 buah IPT tempatan, iaitu UTM, UTHM, UiTM, USM, UIA dan UMT.

Selaku urusetia program, pengarah program turut mengalu-alukan penglibatan saya sebagai pembentang di seminar ini. Oleh itu, bersama rakan sekerja, Pn. Sabariah, kami telah menyertainya sebagai pembentang poster dengan tajuk “Possible Health Hazards and Safety Guidance in Handling Nanomaterials”. Pengalaman pertama menyediakan abstrak dan poster dalam masa yang singkat juga sangat mencabar. Ditambah pula dengan situasi bekerja dari rumah pada ketika ini, perlu diimbangkan bagi menyelesaikan tugasan ini pada tepat masanya.