Pada Majlis Konvokesyen UTM Ke-58, Dr. Idrus Muhamad Alatas telah dikurniakan Ijazah Doktor Falsafah. Sehari sebelum itu beliau juga telah dianugerahkan Best Student Award apabila berjaya Graduate on Time dan menghasilkan beberapa penerbitan. Faktor usia bukanlah penghalang untuk beliau menamatkan pengajian PhD di UTM Razak School of Engineering and Advanced Technology dengan cemerlang. Tahniah di atas kejayaan dan kecemerlangan beliau.

