27
Dec
2018

Perkongsian: Percutian Tidak Dirancang(bahagian Ketiga)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, nampak bebenor permulaan ayat ‘copy and paste’ kan. Ha ha…lantak la janji happy. Seronok pulak tulis blog ni. cakap sorang sorang depan komputer. dalam hati la. Tulis ikut suka pun takpe, cuma kena bertapis, ingat selalu, Allah sentiasa peratikan kita.

Jom, last day percutian saya dan keluarga saya, kami, di sini. Kali ni lokasi seterusnya ialah pantai Teluk Senangin. Lokasi ni berada di kawasan lumut, Perak. Jadi memang cantik la sebab jalannya ‘on the way’ nak pulang rumah.Abaikan wajah saya yang serabai, shot baru ambik selepas mandi laut.he he…

Sini boleh tahan jugak, pantai yang bersih, tepian pantai yang landai, ditemani dengan deru deru angin membayu…aiseh, sekali ayat jiwang pulak keluar. ha ha…Jalan jalan dulu beli barang,’window shopping’, mana tau ada berkenan.

Operasi mencari port baik punyer.he he..tengah mandi, jadi orang rumah ambik shot ni. InsyaAllah, ada rezeki nanti saya beli sport camera, boleh tengok dekat dekat. syok pula ber’blog’ ni.seronok ye main pasir. he he…tunggu…kan dah kena, misi menanam orang. ha ha…ha ha…seronok pulak dia…

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian kami kali ini. InsyaAllah, ada rezeki dan umur panjang kita berjumpa lagi. Bye bye, Adios…

26
Dec
2018

Perkongsian: Percutian Tak Dirancang(Sambungan kedua)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, jom kita sambung untuk bahagian kedua pula. Hari kedua saya dan keluarga kecil saya, Kami, bercuti sakan. Ha ha…sakan nampak…

Pada hari kedua ni, kami rancang nak mendaki bukit Larut atau dalam bahasa Omputih(english), ‘Maxwell Hill’. Nak mendaki bukit ni kena guna jip yang disediakan Jabatan Perhilitan Taiping. Tapi… Jeng jeng jeng….

Sekali tiket habis daa… ha ha…Buat penat je siap awal, Tanya dekat Brader hensem di kaunter, dia kata seawal 7.30 pagi dah habis. Musim cuti la katakan.Kami pun sama sama berhu hu dan hu serta hu di tepian sungai yang indah di bukit larut ini.

Saya pun mula la dok pandang anak, pandang sungai, pandang anak, sungai. Tiba tiba je dapat idea, “Jom pi Burmese pool”, cakap saya dengan bergayanya. ha ha, semua setuju, apa lagi, moh kite…

Untuk pengetahuan semua, dari kaki bukit Larut ke Burmese pool, tak jauh, dalam lingkungan 2 Km sahaja. Di Burmese pool, cuma perlu bayar duit parking sahaja, Rm2 untuk kereta dan Rm1 untuk motosikal. Cuma, perlu diingatkan, berhati hati sentiasa di Burmese pool, pastikan cuaca cerah terutama di puncak bukit untuk mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam Ibu Air atau Kepala Air(limpahan air yang besar yang membanjiri sungai dan berlaku dengan tiba-tiba).

Apa lagi, Jom terjun. hehe…

Syok oo…ada papan gelongsor semulajadi dekat sini.

Anak anak semua dah sejuk. ha ha…Peace yoo…

Selesai mandi manda di sini, perut semua mula berkeroncong, lapar. Kami pun terus cari port makan seterusnya, Ansari Famous Cendol. Pinjam gambar sat naa, credit kepada bangsar-babe.blogspot.com untuk gambar ni. Terpaksa pinjam sebab lupa nak snap gambar kedai. he he…Tapi untuk gambar bawah saya snap sendiri. Syok woo cendol sini, dah merata pergi makan dekat Malaysia ni, tapi ‘still’ ni yang terbaik.

Dari kecik makan kat sini, Sedap baq hang…Pasemboq dia, sempoi…Kalau ikut tekak kami, ni lagi marvelous dari pasemboq Penang.Nyum nyum…

Port seterusnya, untuk Makan tengah hari aka petang, kami bergerak ke Kuala Gula. Port kali ini ialah JS Muara, Restoran terapung Kuala Gula.

Di sini disediakan makanan yang fresh fresh dari sumber laut. Bak kata orang, kail ikan terus campak dalam kuali. punya la fresh…tu kata orang la. ha ha…Tapi sini, masakan dia memang best. seafood dia memang manis.

Maaf la, Ikan kerapu tak sempat snap. Sebab saya pantang nampak makanan, mesti ‘tibai’ dulu. Lagi lagi perut lapar. Tapi sini makanan memang terbaik. Masakan ‘simple’, yang penting hidangan dia fresh. Ops, lupa pulak, hidangan untuk 6 orang tadi hanya Rm 100 sahaja. Murahkan… KL mana dapat harga macam ni. Fresh pulak tu. Selalu beli ikan dapat yang mata2 contact lens je. sini semua ikan mata2 orang melayu. Ayu gitu…

Baiklah, sampai sini sahaja untuk part kedua, InsyaAllah sambung part tiga nanti. Bye, Adios…

21
Dec
2018

Perkongsian: Percutian Tak Dirancang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya saya kurang arif ber’blog’, maklum la, lebih suka menyimpan dari mencerita. Tapi kali ini, InsyaAllah saya cuba bercerita serba sedikit mengenai percutian yang tak dirancang, bak kata pepatah, Hantam saja la labu…ha ha…Psstt”sebenarnya nak dapat markah webometrik utm je, jadi terpaksa tulis blog,hehe…”

Baik, terus kepada percutian saya dan keluarga kecil saya, Kami. Percutian kali ni kami main redah je.

Pertama, mesti cukup bajet…

Kedua mesti murah “Gilerr”..

Baik, Tempat pertama kami pergi ialah Museum Taiping. Ha ha…Tiket di sini bagi kanak-kanak adalah percuma, orang dewasa hanya RM2 ringgit seorang. Jadi, Total loss cuma RM4 sahaja.

Dah lama Tak masuk sini, ‘Last’ masuk semasa Tingkatan 3, buat kajian tempatan.

Serba sedikit informasi mengenai Museum Perak di Taiping. Bangga jadi orang Taiping, he he…

Anak anak excited nak masuk.

Salah satu tempat percutian yang menarik bagi saya, disamping anak anak seronok, mereka dapat belajar serba sedikit sejarah Malaysia. Baik tak saya, he he…

Anak anak seronok bergambar dengan kapal terbang perang lama.

Tengkorak Gajah, sedikit info di bawah.

Macam mana semua? seronok tak dengan sedikit perkongsian ini, agak agak teruja tak nak pergi, he he… saya ‘share’ lagi gambar di bawah.

Baik, selesai hari pertama lawatan kami di sini. Anak anak kata kat saya, “seronok la Papa Jalan jalan ni Papa”… Alhamdulillah, janji anak anak dan isteri seronok, sudah cukup. Seronok dapat, ilmu pun dapat. Adios… continue lepas ni…