Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua, jom kita sambung untuk bahagian kedua pula. Hari kedua saya dan keluarga kecil saya, Kami, bercuti sakan. Ha ha…sakan nampak…
Pada hari kedua ni, kami rancang nak mendaki bukit Larut atau dalam bahasa Omputih(english), ‘Maxwell Hill’. Nak mendaki bukit ni kena guna jip yang disediakan Jabatan Perhilitan Taiping. Tapi… Jeng jeng jeng….
Sekali tiket habis daa… ha ha…Buat penat je siap awal, Tanya dekat Brader hensem di kaunter, dia kata seawal 7.30 pagi dah habis. Musim cuti la katakan.Kami pun sama sama berhu hu dan hu serta hu di tepian sungai yang indah di bukit larut ini.
Saya pun mula la dok pandang anak, pandang sungai, pandang anak, sungai. Tiba tiba je dapat idea, “Jom pi Burmese pool”, cakap saya dengan bergayanya. ha ha, semua setuju, apa lagi, moh kite…
Untuk pengetahuan semua, dari kaki bukit Larut ke Burmese pool, tak jauh, dalam lingkungan 2 Km sahaja. Di Burmese pool, cuma perlu bayar duit parking sahaja, Rm2 untuk kereta dan Rm1 untuk motosikal. Cuma, perlu diingatkan, berhati hati sentiasa di Burmese pool, pastikan cuaca cerah terutama di puncak bukit untuk mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam Ibu Air atau Kepala Air(limpahan air yang besar yang membanjiri sungai dan berlaku dengan tiba-tiba).
Apa lagi, Jom terjun. hehe…
Syok oo…ada papan gelongsor semulajadi dekat sini.
Anak anak semua dah sejuk. ha ha…Peace yoo…
Selesai mandi manda di sini, perut semua mula berkeroncong, lapar. Kami pun terus cari port makan seterusnya, Ansari Famous Cendol. Pinjam gambar sat naa, credit kepada bangsar-babe.blogspot.com untuk gambar ni. Terpaksa pinjam sebab lupa nak snap gambar kedai. he he…Tapi untuk gambar bawah saya snap sendiri. Syok woo cendol sini, dah merata pergi makan dekat Malaysia ni, tapi ‘still’ ni yang terbaik.
Dari kecik makan kat sini, Sedap baq hang…Pasemboq dia, sempoi…Kalau ikut tekak kami, ni lagi marvelous dari pasemboq Penang.Nyum nyum…
Port seterusnya, untuk Makan tengah hari aka petang, kami bergerak ke Kuala Gula. Port kali ini ialah JS Muara, Restoran terapung Kuala Gula.
Di sini disediakan makanan yang fresh fresh dari sumber laut. Bak kata orang, kail ikan terus campak dalam kuali. punya la fresh…tu kata orang la. ha ha…Tapi sini, masakan dia memang best. seafood dia memang manis.
Maaf la, Ikan kerapu tak sempat snap. Sebab saya pantang nampak makanan, mesti ‘tibai’ dulu. Lagi lagi perut lapar. Tapi sini makanan memang terbaik. Masakan ‘simple’, yang penting hidangan dia fresh. Ops, lupa pulak, hidangan untuk 6 orang tadi hanya Rm 100 sahaja. Murahkan… KL mana dapat harga macam ni. Fresh pulak tu. Selalu beli ikan dapat yang mata2 contact lens je. sini semua ikan mata2 orang melayu. Ayu gitu…
Baiklah, sampai sini sahaja untuk part kedua, InsyaAllah sambung part tiga nanti. Bye, Adios…