27
Dec
2018

Perkongsian: Percutian Tidak Dirancang(bahagian Ketiga)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, nampak bebenor permulaan ayat ‘copy and paste’ kan. Ha ha…lantak la janji happy. Seronok pulak tulis blog ni. cakap sorang sorang depan komputer. dalam hati la. Tulis ikut suka pun takpe, cuma kena bertapis, ingat selalu, Allah sentiasa peratikan kita.

Jom, last day percutian saya dan keluarga saya, kami, di sini. Kali ni lokasi seterusnya ialah pantai Teluk Senangin. Lokasi ni berada di kawasan lumut, Perak. Jadi memang cantik la sebab jalannya ‘on the way’ nak pulang rumah.Abaikan wajah saya yang serabai, shot baru ambik selepas mandi laut.he he…

Sini boleh tahan jugak, pantai yang bersih, tepian pantai yang landai, ditemani dengan deru deru angin membayu…aiseh, sekali ayat jiwang pulak keluar. ha ha…Jalan jalan dulu beli barang,’window shopping’, mana tau ada berkenan.

Operasi mencari port baik punyer.he he..tengah mandi, jadi orang rumah ambik shot ni. InsyaAllah, ada rezeki nanti saya beli sport camera, boleh tengok dekat dekat. syok pula ber’blog’ ni.seronok ye main pasir. he he…tunggu…kan dah kena, misi menanam orang. ha ha…ha ha…seronok pulak dia…

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian kami kali ini. InsyaAllah, ada rezeki dan umur panjang kita berjumpa lagi. Bye bye, Adios…