Select Page

CARA MENGENALI DIRI BERDASARKAN “HOBI”

Kita memang sering diajukan soalan tentang apa hobi kita. Sekiranya diajukan tentang hobi, ramai yang akan menjawab jawapan-jawapan yang biasa kita dengar contohnya bermain bola sepak, melayari internet, memancing, membaca dan sebagainya. Agak jarang seseorang ingin mengaku tentang hobi mereka yang kedengaran agak pelik dalam masyarakat kita. Mereka bimbang dilabel atau dicop sebagai ketinggalan zaman, kolot, tidak mengikut arus pemodenan, ataupun pelik.

Walaupun bagi kita hobi seseorang itu pelik, namun begitu, selagi aktiviti tersebut memberi kepuasan kepada diri mereka, maka itulah hobi mereka. Seseorang yang mempunyai hobi yang agak pelik tidak perlu malu untuk menyatakan hobi mereka selagi hobi itu tidak memudaratkan diri mereka sendiri ataupun orang lain.

Oleh itu, apakah itu hobi? Bagi saya, hobi merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan pada waktu lapang yang mampu memberi kepuasanĀ  dan memberi ketenangan jiwa kepada seseorang itu. Hobi ni tidak boleh dipaksa-paksa, tidak boleh dijual beli, dan tidak boleh diwariskan. Tidak dinafikan juga hobi dilakukan kerana mengikut seseorang, mengikut peredaran masa dan persekitaran. Tapi selagi ia memberi ketenangan dan kepuasan, itulah hobi.