🅣🅔🅚🅝🅞🅛🅞🅖🅘 🅜🅐🅚🅜🅛🅤🅜🅐🅣 ➋ (🅥🅡)

1.Apakah yang anda faham tentang Realiti Maya?(VR)

Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas; tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad. Ramai orang melihat teknologi VR sebagai satu model untuk dunia sebenar. Ada yang berpendapat bahawa VR ialah satu bentuk yang lebih canggih bagi perkakasan komputer. Ada pula yang berpandangan bahawa sistem VR perlu ada perisian keras, seperti head mounted display, feedback glove, full body suit dan lain-lain.

2.Berikan satu contoh aplikasi Realiti Maya yang anda tahu? Bagaimana ia berfungsi?

Inovasi dalam bidang kesihatan makin membangun lagi-lagi dengan ketersediaan Internet mudah alih. Contohnya kalau dulu, lumpuh anggota badan dah menjadi satu beban kehidupan. Yelah, nak sembuh macam sediakala akan ambil masa. Jadinya, pendapatan pun akan berkurang disebabkan lambat nak sembuh.

DULU VS SEKARANG

Okay, jom kita imbau lagi, dulu nak buat latihan bedah kena ada kadaver dan kalau terbuat kesilapan, susah jadinya. Begitu juga kalau nak belajar anatomi manusia secara terus. Bekalan kadaver juga biasanya terhad. Seperti yang disebut di atas mengenai proses rehabilitasi, ia juga banyak bergantung kepada terapi manual. 

Tapi itu dulu, untuk teknologi sekarang, proses rehabilitasi guna robot boleh atasi masalah itu. Sekarang dah ada pilihan, pengkaji perubatan dan para doktor pun siap guna teknologi Virtual Reality (VR) untuk buat pembedahan. Agaknya, apa lagi jenis-jenis teknologi yang ada dalam industri kesihatan ini ya? Jom kita tengok.

Virtual Reality

 Gambar menunjukkan doktor melakukan latihan pembedahan secara realiti maya. Kredit imej daripada The Verge.

VR ni digunakan untuk latih bakal pakar bedah misalnya dalam pembedahan laparoskopiKalau tanpa penggunaan teknologi VR ni dulu, pakar bedah dikatakan kurang dapat berlatih membedah secara konsisten. Dan apabila pakar bedah yang menggunakan latihan VR, dapat 230% peningkatkan prestasi dibanding dengan latihan tradisional. Suasana latihan sebegini juga lebih menarik. Kalau untuk pesakit, VR boleh bantu kurangkan sakit dengan menukar perspektif semasa situasi seperti sakit nak bersalin.

BAIK BUKAN UNTUK DOKTOR SAJA

Ilustrasi menunjukkan interaksi di antara pesakit dan doktor

Haa, nampak kan macamana teknologi yang ada ini banyak membantu dalam industri perubatan? Bukan untuk pengamal perubatan macam doktor saja, andaikata anda sebagai pesakit pun dapat manfaat. Macam contoh rehabilitasi, proses bersalin dan pembedahan di atas.

Nak tak nak, kemajuan teknologi akan terus berkembang dan kehidupan kita akan beradaptasi dengan semua tu. Dengan perkembangan ketersambungan di Malaysia, industri kesihatan akan semakin maju. Tahap kesihatan pun dapat ditingkatkan dengan lebih cepat dengan  kos yang menjimatkan.

3.Bagaimanakah anda boleh gunakan teknologi Realiti Maya dalam urusan pekerjaan anda dan kesan positif?

Teknologi VR membolehkan pelajar mempunyai suasana P&P yang menarik. Perkembangan teknologi maklumat yang membolehkan lebih banyak komputer dipasang dan mewujudkan suasana kondusif untuk mengintegrasikan realiti maya dalam pembelajaran.

Teknologi VR dapat membantu pelajar untuk mengeksplorasikan diri dalam sesuatu situasi atau tempat kejadian yang mustahil dalam realiti. Sebagai contoh, teknologi VR membenarkan pelaksanaan sesuatu eksperimen yang sukar dilaksanakan dengan menggunakan kaedah tradisional seperti menjalankan prosedur pembedahan tanpa mengancam keselamatan pesakit yang sebenar .

Tidak memerlukan kos yang mahal, kerana pelajar hanya melakukan simulasi buatan saja dengan bantuan teknologi VR. Teknologi VR merupakan alat yang berkos efektif untuk pembayangan dan prototaip rekaan digital untuk pelbagai bahan di mana memudahkan kajian semula reka bentuk produk dan peningkatan kualiti . Teknologi VR juga dapat mengurangkan risiko kemalangan dan hazard didalam makmal bengkel. 

Sumber : https://mydigital.kkd.gov.my