Web People @ UTM Training

Kursus pertama yang saya hadir pada tahun 2023. Kawan-kawan yang masih belum ditawarkan kursus tu bawak bersabar ye… Team CTLD tengah bekerja keras tu nak gerakkan 875 kursus yang ada dalam Kalendar Latihan UTM 2023. Kalo da ditawarkan kursus tu jangan tak datang pulak. 🙂 Staf yang hadir kursus ni akan dapat 4 mata CPD di bawah komponen Kompetensi Digital.

Disebabkan kursus ni saya dapat melawat tempat orang lain. Simpan untuk kenangan sebab selalu buat kursus kat tempat sendiri je. Kali ni dapat keluar pegi Fakulti lain. Merasa environment baru, kawan baru, bos baru.. Eh.. bos saya masih sama.. En. Abdul Jalil bin Maulani.. tapi tempat kursus ni ofis lama bos saya.. Saje nak bagitau.. hehehhe..

Posting ni juga nak membuktikan bahawa saya da boleh sikit-sikit create post kat Web People @ UTM. Bukti yang saya fokus ape yang penceramah ajar & tak buat keja lain atau attend meeting sambil kursus.. Oppppsss !!!! Bak kata pepatah, ‘Menuntut Ilmu sampai Negeri Cina”. Ada kaitan ke dengan pepatah ni? korang la tentukan sendiri. 🙂

Dikesempatan ni nak ucapkan terima kasih pada Prof. Madya Dr. Zaki Yamani bin Zakaria atas perkongsian yang amat bermanfaat untuk kami semua. Ilmu yang saya dapat hari ni akan saya gunakan demi membawa UTM ke tahap yang lebih tinggi.. Chewahhhh !!! :’)

Kepada rakan-rakan UTM yang berminat nak join kursus ni, kami akan laksanakan Siri Kedua pada 6 Jun 2023. Jika nak attend kursus ni jangan cari saya.. tapi cari teammate saya.. Nama die Lisa.. hahahhaha..