For Mr Donald Trump: The importance of Johari Window

In the recent development related to Syria, I heard via BBC world service, Mr. Donald Trump called the Russian leader monster. I just wonder what Mr Trump calls himself and what other  people would call him.

It reminds me of the Johari Window.

http://www.selfawareness.org.uk/news/understanding-the-johari-window-model

Suggestion : Mr Trump can reduce his twitting time and do some self reflection.  Johari Window is a good place to start from. Furthermore, you don’t have to worry Mr Trump, this useful Window started in  University of California Los Angeles, not Leningrad, Tehran or Damascus.

Thank you

Makanan sedap tetapi peniaga bermuka masam

Saya hargai orang yang berniaga, kerana asal tujuan berniaga ialah untuk memudahkan orang ramai mendapat sesuatu yang mereka hajati.  Dari perspektif Islam, ia satu pahala kerana memudahkan orang lain.  Kita pun sudah tahu hadis yang menjanjikan ganjaran  yang besar bagi sesiapa yang memudahkan urusan orang lain.

Pagi tadi saya membeli makanan di suatu tempat Antah Berantah . Banyak gerai yang menghidangakan pelbagai masakan di situ, harga pun berpatutan.  Ada sesetengah masakan itu menjadi “trade mark” gerai-gerai di situ.  Maksud saya, banyak gerai yang menjual makanan yang dimasak dengan cara dan style yang sama. Agaknya chef-chef  di situ belum dapat ilham baru.

Satu kedai menarik perhatian saya dan saya tak berapa pasti mengapa. Mungkin cara menghidang yang berbeza.

Oleh kerana saya ingin menjimatkan masa, saya telah membeli beberapa jenis masakan sekali gus.

Walaupun masakannya dihidangkan dengan gaya yang menarik dan teratur, serta  sedap rasanya, tetapi secara keseluruhannya saya akan memberikan gred B- kepada gerai ini kerana layanan yang tidak memuaskan. Peniaga tidak senyum mesra, hanya duduk membaca suratkhabar.

Ada beberapa dulang yang tiada senduk, dan saya terpaksa meminta senduk untuk menceduk makanan.  Kemudian apabila tangan saya comot terkena makanan, saya terpaka pula meminta tisu, kerana tuan kedai sibuk membaca suratkhabarnya…. …

Nasib baik dia “prihatin” untuk mengira makanan yang saya telah beli. Sembilan ringgit semuanya dan setelah saya membayar, tiada ucapan terima kasih kepada saya sebagai pelanggan.  .

Pada hemat saya, walaupun betul peniaga makanan ini memberikan servis kepada orang ramai,  bukankah tanpa pelanggan bisnes tak jalan?

Hipotesis saya, peniaga ini tidak tahu bahawa dalam Islam, semuanya diberi ganjaran. Pahala menyediakan servis menjual makanan akan bertambah dengan adanya senyuman dan suasana mengutamakan atau menghargai pelanggan.

Dikatakan ada satu pepatah Cina ( saya tidak pasti kebenarannya) yang boleh dijadikan panduan, ia itu ” Kalau tak tahu senyum, tak usah  berniaga”.

Sekian untuk renungan bersama

Masjid ala pasar

Assalamu alaikum wrwbt .

Saya solat di masjid hari ini kerana semasa masuk waktu , saya lalu berhampiran dengan masjid.

Malangnya saya dapati separuh ruang solat dipenuhi oleh pelajar yang berbaring, tidur atau berbual atau berbincang sesuatu.

Amat mengecewakan kerana saya mengharapkan masjid adalah tempat membebaskan diri dari kesibukan dunia dan memfokus kepada hubungan dengan Allah.

Tetapi nampaknya, bising macam pasar dan suasana seperti bukan masjid.

Agaknya ramai masih tidak faham mengenai kepentingan solat?