Assalamu`alaikum wrwbt dan Hi,
- Secara umumnya, penulisan yang baik adalah yang mudah difahami, ayat tidak berbelit-belit dan jelas maksudnya. Ayat meleret-leret dan tidak jelas maksudnya menggambarkan idea yang bercelaru atau konsep yang kabur. Juga menggambarkan anda tidak faham dan tidak membaca.
- Dalam konteks PSM atau Latihan Ilmiah (LI) , konsep, perkataan atau terma yang digunakan mestilah kosisten dari muka surat depan atau cover sampai ke muka surat (ms) belakang. Contoh : (i) pengkaji mengkaji personaliti, maka hendaklah fokus perbincangan kepada personaliti (ii) menggunakan perkataan “stres” di sepanjang penulisan . Jangan sekali “tekanan”, sekali “stres”
- Soal selidik yang digunakan hendaklah berdasarkan model yang dipilih untuk kajian. Jika dalam model ada lima elemen atau dimensi yang di utarakan oleh pakar, dalam soal selidik pun mesti ada lima dimensi atau elemen ini. Juga perlu konsisten pada bahagian definisi konsep dan operasional
- Responden dalam kajian lepas yang dipilih juga perlu lah seakan-akan atau mirip atau dari kumpulan pekerja yang sama dengan responden kajian anda. Contoh, kalau responden kajian anda adalah pekerja kilang pembuatan, pilih kajian lepas yang juga menggunakan responden pekerja kilang pembuatan.
- Mengikut format yang betul. Formatlah penulisan anda dari sekarang. Tolong jangan bagi penyelia penulisan yang menunjukkan formatting pun anda tak mampu buat!!!
- Juga nombor-nombor (numbering) penulisan anda. Tunjukkan anda seorang yang prihatin.
- Setiap kali perlu ada lampiran rujukan, agar saya/penyelia boleh lihat dari mana
Semoga bermanfaat.